sempena 23 Mei 2011 yang lepas, sambutan ulang tahun hari lahir saya, memang saya bercadang nak masak sesuatu yang istimewa. kebetulan pada malam 22 Mei ada sesuatu yang memenatkan saya, majlis makan malam bersama rombongan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, maka saya tangguhkan memasak ke 24 Mei 2011.
dan di tengah hari itu, rakan serumah mengejutkan saya dari tidur untuk memotong kek yang telah mereka beli. alahai, tunggulah malam, aku penat…
cadangan asal nak buat ayam golek atau ayam bakar. apabila saya ke dapur, oven diambil oleh tuan asalnya dipindahkan ke rumah sebelah kerana beliau telah berpindah ke sana. tak apalah, saya tukar menu. melihat-lihat apa yang ada dalam peti sejuk, terjumpa dua batang lobak merah (keret) maka saya pun terfikir untuk masak nasik keret, resepi istimewa saya dapat dari Sungai Petani. sebelum ini telah dua kali percubaan gagal, agak lembik dan memualkan. kali ini alhamdulillah lebih baik dan tak muak. sedap menyelerakan dan berlemak!
sebelum ini nasik keret dipadankan dengan sambal tumis belacan ikan masin. kali ini dipadankan dengan ayam masak merah. akibat tersilap kaedah, maka ayam masak merah ini hilang serinya. sepatutnya ayam ini digoreng dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam kuah masak merah, namun saya terlupa menggoreng, terus dimasukkan ke dalam kuah.
maka inilah hasilnya :-

