Setiap tahun, itu yang diulang. Harga barang makin naik, semua barang mahal, harga rumah pun naik lah sikit. Susah jugak nak bercakap dengan peguam pencen nih, dia cakap tak berhenti, kita nak mencelah, nak kemukakan hujah pun susah.
Tarikh 1 Jun 2011, maka berakhirlah akad perjanjian sewaan rumah. Oleh itu, perjanjian ini perlu diperbaharui. Maka baba pun ulanglah kembali strategi yang telah difahami itu.
“Malaysia kaya, banyak projek ekonomi, barang keluaran Malaysia terjual sampai sini, menjadi pilihan orang ramai sebab kualiti elok”
Saya kata dalam hati “kalaulah kilang tu semua bapak aku yang punya, takpa lah jugak”
“Malaysia kaya, Indonesia yang miskin”
Saya kata dalam hati “tengok kat TV nampak semuanya mewah lah kat Malaysia tu. Hakikatnya kami ni tertindas”
Baba kata “hampa kumpul lah sorang sikit, tambah lebihkan sewa. Sekarang seribu, kumpul sorang sikit, bayar lebih dari seribu akan datang. tak lah terbeban. Kalau sorang ja bayar memang banyak”
Kami kata “kami bayaq sewa selama ni kumpul lah ni. Asal 5 orang, sekarang tinggal 4. Dah berat dah kami menanggung ni sementara nak cari ahli yang ke lima. Mana ada orang nak pindah musim-musim exam ni. Lepas exam kot lah nak cari ahli rumah baru”
Saya kata “Malaysia dengan Mesir sama ja, kerajaan rompak khazanah negara, rakyat ni miskin”
Baba balas “eh tak. Malaysia ada sultan. Mesir pakai presiden”
Kami balas “ya lah ada sultan, tapi dia dengan anak beranak dan kerabat dia dok perah darah rakyat ja, depa ja kaya, yang lain miskin. Kami takdak presiden, tapi kami ada Perdana Menteri, dia pun perompak macam mubarak jugak”
Baba balas “dak..hampa kaya..indonesia tu baru betul miskin”
Saya dalam hati “ades, pusin kot situ ja..apa punya peguam daa”
Last.
“baba, takhayyal baah (cuba fikirkan jap), kami kalau ada 5 orang, sorang bayaq 300 genih sebulan. 200 genih dari setiap sorang tu jadi sewa. Maknanya 1000 genih (EGP) semuanya. Baki seratus setiap orang tu dikumpul untuk makan+bil ayaq+bil letrik+bil cuci tangga+bayaran kecemasan pam ayaq rosak ka+dan lain lain. Makan tu pulak, pecah jadi beras, gula, lauk, sayoq, bahan tambahan seperti sos, tomato puree (salsah), dan lain lain. Kalau kami nak kena bayaq sewa lebih, kami terpaksa kurangkan belanja makan yang memang dah ketat tu, sebab bayaran lain perlu dibayar. Bil letrik bil ayaq, semua2 tu perlu takleh tolak ansur, makan ja yang boleh kurangkan. Kalau kami kurangkan bab makan ni sebab bayaq sewa yang naik, kami nak makan apa?”
“dah lah kami makan daging bila eidul adha saja. Kalau beli pun tah beberapa bulan sekali baru nak merasa daging, itu pun yang murah-murah ja, yang kualiti rendah, daging beku, sebab mahal sangat. Paling murah pun 30-40 genih sekilo. Makan pun yang murah-murah ja. Ikan makarel dengan tuna ja, ikan lain mahal. Ayam tu kalau beli boleh potong untuk masak beberapa kali”
Menyedihkan betul. Tapi itu lah kehidupan kami. Belanja rumah, banyak supporter yang tambah. Yakni orang rumah jugak, sebab selalu tak cukup. Turun beli guna duit sendiri.
Akhirnya, dengar penjelasan last tu, baba mengalah, tahun ni tak naikkan harga sewa lagi, tapi tahun depan kena naikkan. Semoga tahun depan harga barang semuanya turun. So harga rumah pun tak naik sekurang-kurangnya atau turun lebih baik.
Baba kata, ada satu pepatah arab, lebih kurangnya, orang yang sanggup ikat perut dan kurangkan makan untuk hidupnya adalah orang bakhil. Dia tak mahu jadi bakhil, menyebabkan kami terpaksa ikat perut, maka dia tak naikkan sewa rumah. Alhamdulillah, bermula jun 2011 sehingga jun 2012, harga sewa bagi rumah ini dikekalkan pada 1000 EGP. Terima kasih baba.
jazakumullahu khairan kathira jazila.
.
