Dr Masyitah Jawab Mende nih??

September 17th, 2009 by PanglimaKhalid Leave a reply »

panglimakhalid[at]putera[dot]com kepada mimbar@hmetro.com.my

merujuk pada [http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20090913132804/Article/indexp_html]

jawapan Dr Masyitah menyebutkan bahawa “”kerana saudari sudah tahu
sumber rezeki sekarang ada unsur berkaitan judi. Sebarang sumber
rezeki yang datang daripada hasil atau punca haram adalah haram
dimakan.””

sekadar perkongsian maklumat saya yang tak seberapa, yang bertanya
hanya mengatakan majikannya terlibat dengan judi dan bukannya kompeni
yang dia bekerja itu terlibat dengan judi. wang hasil gajinya
diperoleh dari kompeni manakala majikannya menggunakan gajinya yang
diperoleh dari kompeni yang sama untuk berjudi, maka tiada percampuran
wang haram dan halal.

seperti contohnya, kerajaan menggajikan guru-guru termasuk guru besar.
jika guru besar berjudi, wang tersebut tiada kena mengena dengan gaji
guru-guru lain…tetapi jika kerajaan mengambil hasil cukai JUDI di
Genting Highlands dan menjadikannya wang kerajaan, maka guru-guru pun
memakan wang haram hasil judi juga.

Allahu a’lam..

17 september, email to..

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-
Advertisement

2 comments

  1. BISMAN says:

    Pada hari ahad masa itu saya ditempat kerja, isteri saya berada dirumah orang kahwin..memang rumahtangga saya dah lama tak aman sejak dari bulan march sampai ke hari ini,usia perkahwinan dah 19 tahun..soalannya saya telefon isteri saya awak ni ari tak balik jb,dia kata saya penat malas nak balik jb nak rehat kat rumah disenai lepastu saya dan isteri gaduh melalui telefon..dan terlafazlah kata kalau awak tak balik jb ni malam kita cerai [tanpa niat, yang sebenarnya saya masih sayang lagi isteri saya]..esoknya isteri baru balik jb..ada kah lafaz saya tu sah..

  2. PanglimaKhalid says:

    saya jawab melalui email ya!

Leave a Reply