solat lewat kerana berbuka

August 19th, 2010 by PanglimaKhalid Leave a reply »

sering terdengar penceramah dan ustaz2 memperkatakan suatu kesalahan besar ummat Islam di bulan ramadhan yang makan seolah-olah tak ingat dunia dan melewatkan solat maghrib.

.

perlu kita ketahui dan sentiasa ingat bahawasanya waktu solat itu semuanya PANJANG. maksud panjang adalah solat kita lakukan tak memenuhi semua juzuk waktu solat tersebut, yakni selepas memberi salam masih berbaki waktu solat.

.

dan Allah berikan kenikmatan itu sebagai kemudahan kepada kita, boleh memilih mana-mana waktu diantara mula dan akhir waktu tersebut untuk melaksanakan solat. adakah salah kita lewatkan sehingga akhir waktu sedangkan Allah benarkannya?

.

cuma,

yang terbaik dalam mazhab syafie adalah solat di awal waktu. sangat dituntut di awal waktu tetapi di akhir waktu menjadi wajib. takkan kita taknak pahala ibadah yang TERBAIK dan grade A?

.

Allah menerima amal yang baik2 dan yang elok2. mari kita berusaha dapatkan sepertimana yang digesa dan digalakkan oleh Rasulullah sekalipun solat lewat waktu juga boleh, sah.

.

moral of the story? jangan kita wajibkan benda yang tak wajib melainkan untuk diri kita sahaja. galakkan orang untuk meniru sepertimana kita lakukan, bukan wajibkan kepada mereka!

.

Allahu a’lam

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-
Advertisement

1 comment

  1. cik dla says:

    salam panglima khalid… syukran utk komen kamu dlm entry sy yg ini:

    http://charkoeyteowgirl89.blogspot.com/2011/01/makan-dulu-kah-atau-solat-dulu-kah.html

    point yg sgt pntng yg sy tlepas pndg ms tulis entry,

    “makan dalam situasi sebelum solat apabila telah masuknya waktu solat ini, hanyalah “ALAS PERUT” supaya hilang syahwat untuk makan, dan datang khusyuk untuk solat. bukannya melantak sampai 15-30 minit dok kat meja makan. 2-3 minit je, lepas solat sambung balik.”

    150% agree! syukran once again :)

Leave a Reply