isu syiria. dan percanggahan pandangan antara ulamak. kita perhatikan yang terlebih-lebih menyatakan pendapat dan pendirian, orang yang lebih rendah dan hina.
awak siapa? awak ulamak yang setaraf Syeikh al-Buti dan Syeikh al-Qaradhawi?
kadang-kadang berita dihangatkan untuk mendapatkan respon yang cepat dan meluas. kesannya ianya disebarkan ke sana sini.
ingat lagi revolusi mesir 25 Januari 2011? beritanya perang! tidur dengan parang! kereta polis dibakar! tembakan di mana-mana! internet dan pehubungan disekat! askar dan kereta kebal di simpang-simpang jalan!
wah! menakutkan.
kerja siapa panaskan berita? mereka yang berkepentingan. mereka yang tak amanah. mereka yang itu dan ini.
10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang situasi terkini
kami yang lain tak bimbang pun, dia seorang ja yang bimbang.
nampak? media dipergunakan. laporan dipergunakan.
siasat secara lanjut situasi di sana.
kaji sebenar-benarnya. lihat kembali, mengapa pandangan ini dikeluarkan. atas 3illah apa? dalil apa yang menyokong?
ini tidak…dengar pandangan, terus dihujum, terus ditafsir sesuka hati.
asalkan amarah nak mencerca seseorang terlunas.
Syeikh al-Bouti orang di sana. beliau lebih tahu situasi di sana. ulamak-ulamak di sana tidak sependapat dengan caranya, itu biasa. sepertimana pendapat Ibn Umar dan az-Zubair yang berbeza terhadap penguasa yang zalim.
yang menjadi persoalannya, di mana kita? mengapa kita pula yang lebih sudu dari kuah?
pergi sana, tengok sendiri. pergi sana kaji sendiri. pergi sana ambil maklumat pendirian beliau mengapa berkata demikian.
.
Syeikh al-Bouti, menolak kezaliman. cuma caranya seperti Ibn Umar.
Syeikh al-Qaradhawi, menentang kezaliman, dengan cara az-Zubair.
kedua-duanya menang, kedua-duanya betul.
yang salahnya, kita yang lebih sudu dari kuah.
Imam Nawawi, ketika zamannya, perang muslim dengan tatar. Imam Nawawi masih muda, namun tidak menyertai peperangan, terus menyebarkan ilmu. lihat karamahnya sekarang, namanya masih disebut dan karyanya menjadi rujukan utama. mungkin ini yang ditumpu Maulana Nuruddin Ali Jumaah.
muliakan ulamak. tafsirkan kalam ulamak secara benar.
ulamak itu pewaris nabi
daging ulamak itu beracun
.
