tak disangka, rupa-rupanya amalan meletakkan pisang untuk dijamah hadirin solat Jumaat ada dalam hadis.
semasa kami memperlajari kitab Riyadhus-Solihin Imam Nawawi, Kitab pada memberi salam, bab memberi salam oleh seorang lelaki kepada isterinya atau wanita mahram atau wanita ajnabi selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan pemberian salam wanita kepada lelaki dengan syarat ini (selagi tidak dikhuatiri fitnah).
عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: كانت فينا امرأة -وفي رواية: كانت لنا عجوز- تأخذ من أصول السلق فتطرحه في القدر، وتكركر حبات من شعير، فإذا صلينا الجمعة، وانصرفنا، نُسلم عليها، فتقدمه إلينا
(رواه البخاري)
dalam hadis, diceritakan berkenaan seorang wanita yang menyediakan makanan dan menunggu sehingga selesai solat Jumaat. Hadirin (lelaki) yang keluar dari masjid dan lalu di hadapan beliau memberikan salam kepada beliau, dan beliau menjawabnya, lalu menghulurkan makanan yang dimasaknya.
diambil hukum dari hadis ini, harus lelaki memberi salam kepada wanita selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan sebaliknya.
juga difahami, bahawa dikalangan sahabat dan sahabiah nabi sendiri menyediakan makanan untuk hadirin solat Jumaat, menunjukkan ianya harus bahkan sunnah taqrir.
tahniah kepada yang meletakkan pisang di masjid.
namun seeloknya, jangan letak pisang sahaja lalu pulang tidak solat Jumaat langsung di situ atau di tempat lain. hadirlah sama solat Jumaat. Jangan hanya pisangnya masuk ke syurga, tuannya dihumban ke neraka, na3uzubillah min zalik.

