Archive for June 24th, 2011

mengumpul harta

June 24th, 2011

tadi, selepas menunaikan solat jumaat, dan makan sarahari (sarapan+tengah hari), kami menonton sebuah cerekarama/telemovie yang pernah disiarkan di saluran Astro Prima. kisah bertajuk Kupendam.Sebuah.Duka yang telah kami muat turun dari JiwangTorrent ini menceritakan sebuah kisah kekeluargaan, dengan berbagai-bagai pengajaran yang boleh diambil darinya.

 

namun, saya tertarik untuk mengulas satu pengajaran dalam filem ini iaitu “tamak mengumpul harta”.

 

Islam tak menghalang mengumpulkan harta, namun carilah yang halal lagi berkat. dan apabila cukup syarat-syaratnya, berikan kepada yang berhak dengan membayar zakat (kewajipan), dan disamping itu, bersedekahlah kepada yang memerlukan (amalan sunat). bukan ini sebenarnya yang nak disentuh. dalam cerita tu tiada pun perkaitan dengan zakat atau sedekah, namun, berkenaan ibu atau bapa yang mengumpulkan harta, mengaut keuntungan, samada untuk kesenangan anak sendiri atau dikaut untuk diri sendiri.

 

sekalipun kita mengumpul harta untuk diri kita sendiri, tamak haloba sehinggakan melanggar tata tertib dan larangan Allah seperti mengumpulkan harta dari sumber yang haram, menzalimi orang lain, dan sebagainya, namun kita harus sedar, sekalipun kita mengumpulnya, dan tertulis dalam rekod, resit mahupun geran mengatakan itu adalah harta kita, jika kita mati, harta itu semua akan berpindah milik. betapa sia-sianya usaha kita mengumpul harta sebanyak-banyaknya, dan alangkah ruginya jika cara mengumpul harta itu dengan menzalimi orang lain, akan menyesal kita di akhirat nanti!

 

Nauzubillahi min zalik!

 

sinopsis :-

dalam telemovie tersebut, isteri 1 dan anak yakni anak 1, suami, istei 2 dan anak yakni anak 2, anak angkat yakni anak 3.kehidupan isteri 2 dan anaknya terbiar selepas kemalangan suami yang mengakibatkan beliau lumpuh, dan menyukarkan pergerakan beliau untuk terus menziarahi isteri 2. beliau pernah sekali menziarahi namun isteri 2 berpindah sementara untuk melahirkan anaknya kerana tiada sesiapa yang boleh membantu jika berlaku apa-apa di rumahnya. maka sejak itu tak mampu lagi suami mencari isterinya itu. isteri 1 pula, berniat menjahanamkan suaminya, terutamanya selepas kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh. baginya suaminya itu satu bebanan untuknya.

 

semenjak si suami lumpuh, syarikat kontraktor milik suami diserahkan kepada isteri 1, dan beliaulah mengusahakannya. sehinggalah 33 tahun kemudian, anak 1 diberikan amanah oleh ibunya untuk mengusahakan sepenuhnya syarikat tersebut.

 

di akhir cerita, isteri 1 yang terlalu gilakan harta, sekalipun dimaklumkan bahawa anaknya terbunuh dalam kemalangan di tempat kerja, beliau masih memikirkan keuntungan dan hartanya. diberitakan suaminya cedera parah, tidak diendahkan dan dipedulikan. akhirnya beliau terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika tergesa-gesa untuk melawat tapak projek syarikatnya, tempat berlakunya kemalangan yang meragut nyawa anaknya itu.

 

justeru, harta yang dikumpulnya? harta yang hingga ke saat akhir nyawanya disebut-sebutkan itu? semuanya akan diserahkan kepada suaminya yang dibenci itu. isteri 1 dan anaknya mati, maka harta terus kepada suami memandangkan anak mereka seorang sahaja (tunggal). anak 2? tak dapat lah kerana beliau dari isteri 2, bukan dari isteri 1, sekalipun anak si suami, orang yang sama juga.

 

akhirnya, harta yang dikumpul-kumpul, segala susah payah, diserahkan kepada orang yang dia bencikan sangat.

 

Allahu. dunia, jika kita terlalu lalai dan leka, kita akan hanyut. harta kita kejar, jika kehilangannya kita jatuh tersembam muka ke tanah. namun jika keredhaan Allah yang dicari, harta hilang sekalipun, kita masih ada tempat untuk bergantung harap.

berpada-padalah dengan dunia, belajarlah redha dan qana’ah (merasa cukup dengan apa yang ada lalu bersyukur).

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-