Archive for June 27th, 2011

BERSIH 2.0 akan timbulkan huru-hara? kah?

June 27th, 2011

kita dimomokkan dengan laporan media, BERSIH 2.0 akan menyebabkan huru-hara. benarkah?

jika perhimpunan aman BERSIH 2.0 dikatakan akan menyebabkan huru hara, maka perhimpunan aman dan perarakan maulidurrasul, perarakan maalhijrah, adakah ianya membahayakan dan menyebabkan huru hara? apakah asas anda menyatakan perhimpunan A adalah bahaya manakala B tidak sedangkan kedua-duanya sama perhimpunan aman dan perarakan secara aman? apa kayu ukur membezakan antara kedua-duanya?

 

jika anda katakan akan berlaku pertembungan antara dua kelompok melayu yang besar, siapa yang nak bertembung itu? maka halang mereka kerana bertujuan mencipta huru-hara, sedangkan BERSIH tidak. boleh rujuk peraturan am perarakan BERSIH seperti di bawah :-

Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

 

Tuntutan Bersih 2.0:

  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

 

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha  Bersih 2.0 H/P: 0162208784;  Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]

*Perkara yang tidak dibenarkan*

  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.
  2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha  Bersih 2.0 H/P: 0162208784;  Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha  Bersih 2.0 H/P: 0162208784;  Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan  dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada  10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander*  atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

 

Sumber : http://suaram.net/news/1017

dalam bahagian manakah dalam peraturan di atas yang boleh membawa kepada huru hara?

 

maka media sepatutnya secara amanah melaporkan bukannya secara KHIANAT melaporkan sesuatu yang tak berlaku. so berita mana yang boleh dipercayai? berita yang memburuk-burukkan BERSIH atau berita yang kononnya “dibawa musuh”?

 

sebelum PERKASA mengatakan hendak turun padang bertembung dengan BERSIH [link], media perdana telah mengutuk dan membawakan maklumat salah terhadap BERSIH. PERKASA dengan ancaman serta ugutan yang secara jelas dan terang mahu menjadikan perhimpunan BERSIH yang aman itu menjadi huru hara, tidak pula diambil tindakan oleh polis, tidak pua diancam dan diugut oleh mereka yang kononnya cintakan keamanan. kononnya lah.

 

sekarang wujud lagi golongan yang mahukan huru-hara. laporan dari utusan.ni bukan berita dari musuh ni, dari agensi berita kebangsaan ni!

 

justeru siapa yang mahukan huru-hara? BERSIH atau PERKASA? BERSIH atau Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia? BERSIH atau Kementerian Dalam Negeri serta POLIS? siapa yang nak perang? siapa yang nak bertembung? siapa?

 

maka siapakah yang sepatutnya pihak berkuasa tahan? apakah tindakan yang sepatutnya dibuat pihak berkuasa semasa perhimpunan aman BERSIH, adakah kawal dan iring seperti ketika lafaz sumpah laknat Dato’ T di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul [link]? atau hentikan BERSIH dan biarkan Perkasa serta pemuda Umno dan silat lincah?

think about it. jangan guna lutut untuk berfikir tetapi gunakanlah otak dan akal fikiran yang waras! bandingkan fakta dengan fakta!

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

antara utama dan yang lebih utama

June 27th, 2011

akibat kejahilan, hanya kerana baju mereka dihalau.

[link] [link]

 

bolehkah kita bayangkan jika ada yang memakai seluar Jeans, atau bert-Tshirt hitam, atau berambut panjang, atau perempuan tak bertudung singgah masjid nak solat, atau perempuan berbaju ketat datang masjid nak solat, apakah pula layanannya? inilah antara penyebabnya golongan muda tak mahu pergi ke masjid dan surau, apabila si tua yang jumud pemikirannya, menghalang mereka ke masjid. sudahlah jumud, bersikap keras pula.

 

antara yang perlu diubah dan yang awla (lebih perlu) untuk diubah. itu yang perlu kita fahamkan. antara yang perlu berkeras dan tegas padanya dan perkara yang boleh berlapang dada atau prioriti lebih rendah.

 

gambar hiasan!

semasa saya menyimpan rambut panjang, banyak kecaman, banyak kata-kata sinis, namun apakah itu yang lebih utama diubah? atau rambut ‘spike’ yang menjadi kegilaan remaja-remaja termasuk budak sekolah? apabila kita tak faham nilainya sunnah, kita katakan lelaki berambut panjang itu menyerupai perempuan. apabila kita tak mengenali syariat, kita katakan haram lelaki berambut panjang, dan sehubungan dengan itu maka berdosa.

 

 

lebih menggelikan hati saya, ada seorang guru Penolong Kanan Satu sebuah sekolah yang pernah saya bertugas sebagai GSTT sebelum ini, menegur rambut panjang saya, namun di sekolahnya, separuh pelajar lelaki berambut ‘spike’ meniru artis dan golongan munafiq, adakah beliau terasa akhlak mereka terancam?

 

so, di mana yang kita letakkan lebih utama dari yang utama? di manakah kita letakkan ilmu dan kelapangan hati? [link] atau kita hanya dipandu nafsu dan semangat tetapi kita JAHIL tak tahu mana salah mana betul?

 

kerana itu jugalah Ulamak mewajibkan “ILMU” sebelum nahi mungkar! atau secara umum amar makruf juga. tanpa ilmu, mereka akan menyangka yang harus dan boleh itu sebagai mungkar yang perlu dihalang.

 

kenapa baju kuning bertulis bersih diberikan perhatian? mengapa tidak baju jersey yang ada lambang calsberg? mengapa tidak baju hitam yang ada lambang tengkorak? mengapa bukan baju hitam yang ada lambang black metal? mengapa bukan baju t-shirt sendat perempuan yang ada bertulis “sex” atau lambang-lambang serta imej yang memberahikan, termasuk tulisan di bahagian buah dada?

 

mengapa dan mengapa? sedangkan arak itu Allah laknat semua yang terlibat dengan arak, kenapa tidak kita halang pengiklanan arak melalui jersey?

 

dari sudut fiqh dan pemakaian. harus memakai apa sahaja yang menutup aurat, selagi tidak pakaian itu menggambarkan secara khusus pakaian khas bagi sesuatu agama yang bukan Islam, maka lambang-lambang black metal, menunjukkan secara khusus pemakai adalah ahli black metal, dan salib menunjukkan pemakai adalah penganut kristian. tulisan dan garisan yang terdapat pada kain atau baju, corak-corak dan gambar, makruh jika mengganggu orang yang solat di belakang kita (solat berjemaah di sof belakang dan corak atau gambar serta tulisan di bahagian belakang pakaian, jika depan tidak ada apa-apa di belakang maka tidak makruh). hanya itu.

tulisan dan lambang-lambang yang memberahikan dihukumkan bukan dari sudut umum pakaian tetapi dari konteks pemakaian yang tidak senonoh dan membawa fitnah. dan juga dari sudut meniru dan menyerupai kaum-kaum yang tidak sopan dan tidak senonoh.

baju berlambang calsberg dilarang merujuk kepada umum larangan dan laknat terhadap pihak-pihak yang berkaitan dengan arak. [link]

 

ramai yang masih memakai baju yang tak senonoh, baju yang tak menutup aurat, baju yang melambangkan pemakainya menganut fahaman black metal, baju yang melambangkan pemakainya rosak akhlak, tetapi mengapa tidak ditegur, apatahlagi dimarahi? mengapa yang harus dan boleh pula dilarang.

 

jika perarakan BERSIH itu salah, maka tahan Dr Asri Zainal Abidin kerana mengeluarkan pandangannya yang positif berkenaan BERSIH [link] [link]. apa kata ulamak dalam UMNO dan BN yang menghalang BERSIH ye?

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-