akibat kejahilan, hanya kerana baju mereka dihalau.
bolehkah kita bayangkan jika ada yang memakai seluar Jeans, atau bert-Tshirt hitam, atau berambut panjang, atau perempuan tak bertudung singgah masjid nak solat, atau perempuan berbaju ketat datang masjid nak solat, apakah pula layanannya? inilah antara penyebabnya golongan muda tak mahu pergi ke masjid dan surau, apabila si tua yang jumud pemikirannya, menghalang mereka ke masjid. sudahlah jumud, bersikap keras pula.
antara yang perlu diubah dan yang awla (lebih perlu) untuk diubah. itu yang perlu kita fahamkan. antara yang perlu berkeras dan tegas padanya dan perkara yang boleh berlapang dada atau prioriti lebih rendah.
semasa saya menyimpan rambut panjang, banyak kecaman, banyak kata-kata sinis, namun apakah itu yang lebih utama diubah? atau rambut ‘spike’ yang menjadi kegilaan remaja-remaja termasuk budak sekolah? apabila kita tak faham nilainya sunnah, kita katakan lelaki berambut panjang itu menyerupai perempuan. apabila kita tak mengenali syariat, kita katakan haram lelaki berambut panjang, dan sehubungan dengan itu maka berdosa.
lebih menggelikan hati saya, ada seorang guru Penolong Kanan Satu sebuah sekolah yang pernah saya bertugas sebagai GSTT sebelum ini, menegur rambut panjang saya, namun di sekolahnya, separuh pelajar lelaki berambut ‘spike’ meniru artis dan golongan munafiq, adakah beliau terasa akhlak mereka terancam?
so, di mana yang kita letakkan lebih utama dari yang utama? di manakah kita letakkan ilmu dan kelapangan hati? [link] atau kita hanya dipandu nafsu dan semangat tetapi kita JAHIL tak tahu mana salah mana betul?
kerana itu jugalah Ulamak mewajibkan “ILMU” sebelum nahi mungkar! atau secara umum amar makruf juga. tanpa ilmu, mereka akan menyangka yang harus dan boleh itu sebagai mungkar yang perlu dihalang.
kenapa baju kuning bertulis bersih diberikan perhatian? mengapa tidak baju jersey yang ada lambang calsberg? mengapa tidak baju hitam yang ada lambang tengkorak? mengapa bukan baju hitam yang ada lambang black metal? mengapa bukan baju t-shirt sendat perempuan yang ada bertulis “sex” atau lambang-lambang serta imej yang memberahikan, termasuk tulisan di bahagian buah dada?
mengapa dan mengapa? sedangkan arak itu Allah laknat semua yang terlibat dengan arak, kenapa tidak kita halang pengiklanan arak melalui jersey?
dari sudut fiqh dan pemakaian. harus memakai apa sahaja yang menutup aurat, selagi tidak pakaian itu menggambarkan secara khusus pakaian khas bagi sesuatu agama yang bukan Islam, maka lambang-lambang black metal, menunjukkan secara khusus pemakai adalah ahli black metal, dan salib menunjukkan pemakai adalah penganut kristian. tulisan dan garisan yang terdapat pada kain atau baju, corak-corak dan gambar, makruh jika mengganggu orang yang solat di belakang kita (solat berjemaah di sof belakang dan corak atau gambar serta tulisan di bahagian belakang pakaian, jika depan tidak ada apa-apa di belakang maka tidak makruh). hanya itu.
tulisan dan lambang-lambang yang memberahikan dihukumkan bukan dari sudut umum pakaian tetapi dari konteks pemakaian yang tidak senonoh dan membawa fitnah. dan juga dari sudut meniru dan menyerupai kaum-kaum yang tidak sopan dan tidak senonoh.
baju berlambang calsberg dilarang merujuk kepada umum larangan dan laknat terhadap pihak-pihak yang berkaitan dengan arak. [link]
ramai yang masih memakai baju yang tak senonoh, baju yang tak menutup aurat, baju yang melambangkan pemakainya menganut fahaman black metal, baju yang melambangkan pemakainya rosak akhlak, tetapi mengapa tidak ditegur, apatahlagi dimarahi? mengapa yang harus dan boleh pula dilarang.
jika perarakan BERSIH itu salah, maka tahan Dr Asri Zainal Abidin kerana mengeluarkan pandangannya yang positif berkenaan BERSIH [link] [link]. apa kata ulamak dalam UMNO dan BN yang menghalang BERSIH ye?


