Archive for June 29th, 2011

MEMANG PATUT RAKYAT MARAH

June 29th, 2011

menjadi persoalan, mengapa sewa itu perlu?

ada yang menjawab, itu rumah PM, bukan rumah dia, lepas letak jawatan, kena keluar. ok! but, sewa tu bayar kepada siapa? masuk akaun siapa? bayaran tu tentunya ambil dari wang saku pembayar cukai, yakni RAKYAT!

 

kita boleh menerima secara logik, kuarters guru di sekolah-sekolah, sekalipun guru yang mengajar sekolah itu menginap di kuarters tersebut, elaun perumahan masih belum cukup untuk membayar sewanya. wang sewaan, diambil dari elaun yang bersumber dari gaji yang diberikan kerajaan, bukanlah Pihak Sekolah, juga dari potongan gaji pegawai tersebut jika harga sewaan melebihi jumlah elaun perumahan. ke mana duit itu pergi? pergi ke akaun sekolah untuk menguruskan penyelenggaraan rumah serta sebagai pendapatan sampingan sekolah selain yuran pelajar.

 

namun, dalam kes Istana Perdana Menteri serta Timbalannya, ke manakah duit itu menghilang? dan mengapa perlu SEWA?

PM ada elaun perumahan [link]. namun elaun itu hanya RM10,800.00 , dengan kata lain, ianya GAJI BUTA sekiranya kerajaan Malaysia dengan menggunakan wang pembayar cukai dikerahkan untuk menanggung SEWA istana Perdana Menteri dengan kos RM18,000.00 setiap hari pula. sewa rakyat tanggung, elaun perumahan dapat juga, adakah hidup mereka hanya basuh berak ja sendiri? lain semuanya orang lain yang tanggung? tapi rakyat pula dipersalahkan kononnya menongkat SUBSIDI? meludah ke langit terpalit muka sendiri! masih tak sedar diri?

 

sebagai langkah penjimatan, elaun perumahan wajib dipotong, kos sewa tak dimasukkan dalam perbelanjaan kerana istana itu milik kerajaan. yang perlu ditulis hanya kos maintenance, baik pulih, itupun jika berlaku kerosakan. takkanlah hidup hanya sekeluarga, suami isteri, dengan anak 2 orang yang tinggal di asrama/tinggal sendiri, akan berlaku banyak kerosakan? ada bela badak ke dalam istana tu? setiap bulan ada maintenance?

 

dari : http://tukartiub.blogspot.com/2011/06/memang-patut-rakyat-marah.html

 

SEWA RUMAH PM, TPM RM18,000 SEHARI – harakah daily

 

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

 

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

 

“Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu”, kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

 

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

 

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

 

NOTA:
soalan nya kenapa rumah kediaman resmi kena sewa?

ini rakyat tak faham

bukankah ini ibu negara malaysia

bukankah ini rumah resmi kerajaan

kenapa kena sewa?

bukan kah duit petronas yang mendirikan putrajaya?

 

betul memang tepat duit petronas telah digunakan

tapi hanya digunakan untuk mendirikan inu negara kitra ini

syarikat swasta am,bil duit petronas

kemudian dirikan bangunan

kemudian sewa kan kebalai pada kerajaan

inilah penipuan namanya

tetapi orang ramai tidak sedar tentang ini

 

INI BUKAN BUDAK ITAM

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-