yeah! mari kita benamkan ke dalam kubur, finas si penapis bocor.
mari kita galakkan pengembangan industri perfileman negara. lebih terdedah, lebih maju! amerika! (ingat lagi filem budak klate? amerika!)
“Menurutnya mereka juga akan menilai sendiri apakah yang boleh atau tidak boleh disiarkan dalam karya masing-masing dan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keseluruhan adegan termasuklah jika ada penayangan adegan berbaur seks atau unsur-unsur tahyul.”
“Bagaimanapun, notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya,” katanya.
nanti akan ada dialog macam dalam surah al-aaraf antara setan dan pengikutnya. pengikut tuduh setan menyebabkan depa sesat dan maksiat, setan pulak bela diri kata setan cuma ajak, depa yg buat sendiri.
jakim oh jakim, lepas ni jadi macai filem adegan unsur khurafat, seks, tahyul atau sebagainya. nak buat filem hina Islam, silakan lepas ni, dah terbuka luas. nak buat filem racist, silakan, dah terbuka luas.
rujukan – Penggiat filem dibenar tapis filem sendiri
4:22AM Dis 22, 2011
Berkuatkuasa tahun depan semua penggiat filem di negara ini dibenar melakukan pengawal seliaan dan penapisan sendiri terhadap filem atau drama yang dihasilkan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.
Menurutnya mereka juga akan menilai sendiri apakah yang boleh atau tidak boleh disiarkan dalam karya masing-masing dan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keseluruhan adegan termasuklah jika ada penayangan adegan berbaur seks atau unsur-unsur tahyul.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju dan Kawalan Penapisan Filem di Malaysia di sini hari ini, Mahmood berkata Kementerian Dalam Negeri serta agensi berkaitan di bawahnya hanya akan bertindak sebagai penasihat dan pemerhati kepada industri filem, lapor Bernama.
Menurutnya keputusan itu dibuat kerana kementerian ingin bersikap lebih terbuka dan tidak ingin menjadi penghalang kepada proses kemajuan industri filem yang menelan perbelanjaan yang tinggi.
“Bagaimanapun, notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap penonton akan dapat menilai sendiri sesebuah filem yang ditonton dan tidak akan mengamalkan unsur-unsur negatif yang ditayangkan.
Menurutnya ketika ini terdapat dua filem yang sukar untuk ditayangkan di pawagam kerana mempunyai unsur-unsur tidak sesuai termasuklah filem Hantu Kapcai yang mempunyai adegan yang tidak boleh diterima umat Islam dan mendapat bantahan pihak tertentu.
Bagaimanapun melalui pendekatan terbaru bermula tahun depan, filem itu tetap akan ditayangkan dan terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian supaya tidak terpengaruh dengan adegan tidak baik, katanya.
Sementara itu bagi menghargai jasa pihak tertentu yang memberi sumbangan kepada industri perfileman, penerbit filem Datuk Yusof Haslam dan David Teo menerima Anugerah Khas Penggiat Filem.
Anugerah Khas Kementerian Dalam Negeri pula diterima oleh anggota jawatankuasa Rayuan Filem Kementerian Dalam Negeri yang juga bekas pengerusi LPF Datuk Mohd Hussain Shafie dan pensyarah Universiti Malaysia Perlis Prof Dr Asiah Sarji.
.
rujukan – Tiada tapisan filem mulai 2012
Oleh HAKIMI ISMAIL
utusanputrajaya@utusan.com.myPUTRAJAYA 21 Dis. – Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.
Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
“Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.
“Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.
Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji
Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.
“Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.
“Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak,” katanya.
Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.
“Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan,” katanya.
Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.
