Posts Tagged ‘cerita mesir’

ubah fikiran

April 17th, 2012

semalam, menantikan seseorang yang meminta bantuan. dia akan bertolak dari Iskandariah pada waktu malam, dan apabila tiba di kaherah meminta saya untuk membantunya ke arma. akan dimaklumkan nanti waktu tiketnya kerana tiket belum dibeli.

.

ditunggu-tunggu, sampai ke tengah malam, masih tiada makluman waktu bertolak. saya menjangkakan, dia tukar fikiran tiba-tiba, tidak jadi ke kaherah lagi, atau telah meminta rakannya yang lain mengambil. maka saya biarkan pagi dan cerah sebelum tanyakan, sudah tiba atau belum bertolak? rupa-rupanya telah tiba jam dua pagi, rakannya di Sayyidah Zainab yang ambil.

.

saya tiada masalah. namun sekurang-kurangnya maklumkan agar saya tidak risau. perjalanan seorang diri di tengah malam, entah mampu berkomunikasi atau tidak dengan warga tempatan, ditipu, barang dicuri, serba serbi kemungkinan.

.

alhamdulillah, semuanya selamat. harapnya tidak jadi lagi. nasib baiklah kali ini saya ambil pengajaran kali pertama di lapangan terbang tempoh hari. kali ini saya tak keluar ke mana-mana, dan tak risau sangat, kerana kemungkinan lain telah ada dalam fikiran saya.

.

pelisss…plan yang telah disepakati, jika diubah tolong maklumkan semula.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

melebihi jangkaan

June 10th, 2011

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Baba tuan rumah nak mintak naik harga rumah lagi

June 4th, 2011

Setiap tahun, itu yang diulang. Harga barang makin naik, semua barang mahal, harga rumah pun naik lah sikit. Susah jugak nak bercakap dengan peguam pencen nih, dia cakap tak berhenti, kita nak mencelah, nak kemukakan hujah pun susah.

 

Tarikh 1 Jun 2011, maka berakhirlah akad perjanjian sewaan rumah. Oleh itu, perjanjian ini perlu diperbaharui. Maka baba pun ulanglah kembali strategi yang telah difahami itu.

 

“Malaysia kaya, banyak projek ekonomi, barang keluaran Malaysia terjual sampai sini, menjadi pilihan orang ramai sebab kualiti elok”

Saya kata dalam hati “kalaulah kilang tu semua bapak aku yang punya, takpa lah jugak”

 

“Malaysia kaya, Indonesia yang miskin”

Saya kata dalam hati “tengok kat TV nampak semuanya mewah lah kat Malaysia tu. Hakikatnya kami ni tertindas”

 

Baba kata “hampa kumpul lah sorang sikit, tambah lebihkan sewa. Sekarang seribu, kumpul sorang sikit, bayar lebih dari seribu akan datang. tak lah terbeban. Kalau sorang ja bayar memang banyak”

Kami kata “kami bayaq sewa selama ni kumpul lah ni. Asal 5 orang, sekarang tinggal 4. Dah berat dah kami menanggung ni sementara nak cari ahli yang ke lima. Mana ada orang nak pindah musim-musim exam ni. Lepas exam kot lah nak cari ahli rumah baru”

 

Saya kata “Malaysia dengan Mesir sama ja, kerajaan rompak khazanah negara, rakyat ni miskin”

Baba balas “eh tak. Malaysia ada sultan. Mesir pakai presiden”

Kami balas “ya lah ada sultan, tapi dia dengan anak beranak dan kerabat dia dok perah darah rakyat ja, depa ja kaya, yang lain miskin. Kami takdak presiden, tapi kami ada Perdana Menteri, dia pun perompak macam mubarak jugak”

Baba balas “dak..hampa kaya..indonesia tu baru betul miskin”

Saya dalam hati “ades, pusin kot situ ja..apa punya peguam daa”

 

Last.

“baba, takhayyal baah (cuba fikirkan jap), kami kalau ada 5 orang, sorang bayaq 300 genih sebulan. 200 genih dari setiap sorang tu jadi sewa. Maknanya 1000 genih (EGP) semuanya. Baki seratus setiap orang tu dikumpul untuk makan+bil ayaq+bil letrik+bil cuci tangga+bayaran kecemasan pam ayaq rosak ka+dan lain lain. Makan tu pulak, pecah jadi beras, gula, lauk, sayoq, bahan tambahan seperti sos, tomato puree (salsah), dan lain lain. Kalau kami nak kena bayaq sewa lebih, kami terpaksa kurangkan belanja makan yang memang dah ketat tu, sebab bayaran lain perlu dibayar. Bil letrik bil ayaq, semua2 tu perlu takleh tolak ansur, makan ja yang boleh kurangkan. Kalau kami kurangkan bab makan ni sebab bayaq sewa yang naik, kami nak makan apa?”

“dah lah kami makan daging bila eidul adha saja. Kalau beli pun tah beberapa bulan sekali baru nak merasa daging, itu pun yang murah-murah ja, yang kualiti rendah, daging beku, sebab mahal sangat. Paling murah pun 30-40 genih sekilo. Makan pun yang murah-murah ja. Ikan makarel dengan tuna ja, ikan lain mahal. Ayam tu kalau beli boleh potong untuk masak beberapa kali”

 

Menyedihkan betul. Tapi itu lah kehidupan kami. Belanja rumah, banyak supporter yang tambah. Yakni orang rumah jugak, sebab selalu tak cukup. Turun beli guna duit sendiri.

 

Akhirnya, dengar penjelasan last tu, baba mengalah, tahun ni tak naikkan harga sewa lagi, tapi tahun depan kena naikkan. Semoga tahun depan harga barang semuanya turun. So harga rumah pun tak naik sekurang-kurangnya atau turun lebih baik.

 

Baba kata, ada satu pepatah arab, lebih kurangnya, orang yang sanggup ikat perut dan kurangkan makan untuk hidupnya adalah orang bakhil. Dia tak mahu jadi bakhil, menyebabkan kami terpaksa ikat perut, maka dia tak naikkan sewa rumah. Alhamdulillah, bermula jun 2011 sehingga jun 2012, harga sewa bagi rumah ini dikekalkan pada 1000 EGP. Terima kasih baba.

jazakumullahu khairan kathira jazila.

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

preparation

May 26th, 2011

hari selasa yang lepas, saya pergi ke pejabat urusan kuliah syariah, untuk membuat pengesahan pengajian (tasdiq) untuk tujuan membuat visa pelajar (iqamah) yang mana tempoh keizinannya adalah setahun. tidak seperti awal sesi yang lepas, saya tersilap tempat kerana pejabat urusan telah berpindah, kali ini saya menuju terus ke pejabat yang betul. dan alhamdulillah, pegawainya wujud di situ.

 

bercakap kepada beliau, saya inginkan tasdiq untuk tujuan membuat visa pelajar. terus kepada matlamat. tak perlu nak berbual-bual panjang. saya pun nak cepat, cuaca panas. beliau melihat kepada kernih (kad pelajar) saya yang bertulis tangan, beliau mencari kernih baru (ala kad matrik) saya untuk diserahkan. sempat pula beliau berjenaka, “dah, pi balik, sehari boleh buat satu urusan ja”. saya balas pula, “saya nak tasdiq, bukan kernih baru ini”.

 

beliau mengeluarkan sekeping kertas, menulis nama saya dan beberapa maklumat yang saya tak pasti apakah ditulisnya pada waktu itu. rupa-rupanya slip perintah pembayaran. perlu membayar kepada khazinah (kaunter duit) sebanyak EGP35.00 . lah? kena bayar pula? sebelum ini free sahaja, hanya perlu sediakan setem bernilai EGP2.00 yang perlu dibeli di pejabat pos atau kedai alat tulis yang ada menjualnya. saya bawa EGP 5.00 sahaja ni! balik lah saya, bercadang nak bayar esoknya.

 

rabu pagi, saya terlewat bangun “tidur setelah subuh”. iya lah, subuhnya dalam lingkungan 3.30 pagi, selepas subuh lah tidurnya. pejabat buka jam 9 pagi. sedar dari tidur, jam sudah 10.00 lebih (pagi). saya sudah malas nak ke kuliah membayar bayaran wajib untuk dapatkan tasdiq itu. esok sajalah, kata saya.

 

esoknya, yakni hari ini, khamis 26 Mei 2011, saya dengan bersemangatnya pergi ke khazinah untuk membayar EGP35.00 bayaran wajib untuk dapatkan tasdiq itu. pintu khazinah tertutup. saya tanyakan pegawai lain, khazinah tak buka kah? dijawab tidak. buku resit habis. sejak semalam lagi habis.

 

hah! buku resit habis? sejak semalam lagi?

 

satu persoalan di minda saya, adakah tidak dijangka buku resit akan kehabisan? tak nampak kah buku resit semakin menyusut? tak dapat anggarkan kah berapa ramai pelajar lagi untuk buku resit yang masih berbaki beberapa helaian itu? tiadakah buku resit baru disediakan dalam keadaan buku resit lama telah sangat nipis?

 

atau, adakah perangai mereka, setelah berlaku itu, baru buat ini. setelah habis buku resit, barulah sedar buku resit habis, perlu diganti baru. setelah kena penampar baru tahu nak rasa sakit dan mengelak dari buat salah.

 

perangai-perangai.

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-