Posts Tagged ‘dunia zaman sekarang’

ol’ skooool

September 10th, 2011

sekali sekala, menjenguk peti email lama. email yang membantu saya belajar dunia maya ini. email pertama direka saya, mungkin!

sepanjang sejarah, akaun email yang saya cipta adalah:-

  • serbanblack[at]hotmail. com
  • serbanblack[at]yahoo. com
  • panglima_khalid[at]hotmail. com [dah mati-lama tak bukak]
  • panglima_khalid[at]yahoo. co.uk
  • [tak ingat]@lycos. com

bukti serbanblack wujud sejak 2001

ol' skooool huh!

ada sejarah dengan akaun serbanblack[at]hotmail ini! kisah ini telah ditambah banyak rekaan, jangan terlalu percaya. namun berkenaan email ini betul-betul berlaku sejarahnya seperti diceritakan.

 

selepas aktif di Putera.com, saya mengenali Gmail, dan mail@putera.com yang juga berasaskan Gmail. katanya Gmail lebih selamat dan ringan serta HANDY! saya akses Gmail terus dari inbox dalam komputer. yahoo dan hotmail boleh?

justeru, akaun baru dibuka lagi, beberapa akaun lagi. sehingga kini saya ada lebih 8 akaun email aktif, setelah ditolak email yang mati.

 

dan email utama saya sekarang yang sering diguna adalah Gmail dan hadiah dari Mr Shanai dari Putera.com.

 

ol’ skooool.

logo-panglimakhalid

.

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

saudi – sa’udi – sa3udi

September 6th, 2011

tentu saja bunyi seperti perkataan yang tertulis di tajuk ini pernah didengar. justeru, tulisan saya kali ini membicarakan perkataan tersebut.

 

saudi. ada di Malaysia jenama Saudi untuk produk burger. kita pernah dengar ulamak yang meletakkan gelaran Syafie, Naqsyabandi, Banjari, dan sebagainya di penghujung nama.

apakah persamaan atau perbezaan atau apakah yang hendak dibincangkan berkenaan perkataan yang berhujungkan “i” seperti di atas?

 

dalam bahasa arab, perkataan berhujungkan huruf “ya” ada berbagai-bagai jenis, antaranya sememangnya asal perkataannya sebegitu seperti kursi ( كرسي ) dan tambahan seperti Masri ( مصري ) dan baiti ( بيتي ).

 

huruf “ya” di akhir kalimah dari kelompok asal kalimah tidak dibincangkan di sini kerana ianya tidak berkenaan dengan tiga perkataan yang tertulis di tajuk atas. yang akan dibincangkan adalah yang berkaitan dengan tajuk, yakni huruf “ya” di akhir perkataan yang merupakan tambahan yang membawa maksud tertentu, dikhususkan lagi, huruf “ya” yang ditambahkan di akhir perkataan  dalam tajuk “nisbi” atau “milki” dan bukan dalam tajuk yang lain seperti alamat i3rab.

 

huruf “ya” yang ditambahkan di hujung perkataan yang membawa maksud “ملكي” (milki) pemilikan dan kepunyaan seperti “سيارتي” kereta milikku, atau “بيتي” rumah kepunyaanku. objek, benda atau sesuatu yang boleh dimiliki. untuk membawa maksud nisbah “نسبي” juga ditambahkan huruf “ya” yang sama namun tujuannya untuk menisbahkan kepada sesuatu.

dan antara tujuan penisbahan adalah:

  • untuk menyatakan jenis bangsa (عربي – فرنسي), atau
  • tempat tinggal atau lahir (مصري – مالزي), atau
  • agama (اسلامي – مسيحي), atau
  • menunjukkan sifat (ذهبي – رملي).
  • atau lain-lain

kadang kala satu perkataan boleh membawa dua penggunaan yang berbeza, nisbi atau milki, dibezakan dengan struktur ayat yang menggunakan perkataan tersebut, seperti (كتابي) yang boleh diterjemahkan sebagai Ahli Kitab (istilah fiqh) atau kitab kepunyaanku.

 

saudi – sa’udi – sa3udi | adakah dalam bentuk pemilikan atau nisbah? ketiga-tiga perkataan itu, mengikut kaedah terjemahan bunyi kepada huruf cara saya, ada 3 cara ejaan dalam bahasa arab.

  • (saudi-سودي) ….
  • (sa’udi-سئودي) adalah kesilapan ejaan atau sebutan. tiada dalam kamus Bahasa Arab.
  • (sa3udi-سعودي), dari perkataan keluarga sa3ud (آل سعود), nama keluarga dan tentunya tidak dimiliki keluarga tersebut tetapi dinisbahkan kepada keluarga tersebut.

 

Arab Saudi, tanah yang luas dan direkodkan dalam peta dunia bersempadan dengan Jordan dan Iraq di utara, Yaman dan Oman di selatan, Kuwait di timur laut, Qatar dan UAE di timur. tanah yang luas ini asalnya dahulu kala, disebut sebagai semenanjung Hijaz.

 

persoalannya, mengapa dinamakan tanah itu tanah Arab Saudi? Negara itu negara Arab Saudi? kenapakah dinisbahkan kepada hanya keluarga SA’UD sedangkan banyak lagi kelompok keluarga dan kaum arab selain SA’UD? mengapa tidak Arab Qurasyi sebagai meraikan keluarga nabi atau Semenanjung Hijjaz atau tanah Hijjaz tanpa memihak kepada mana-mana pihak? sejarah di tanah itu direkodkan terlebih dahulu dari sebelum masihi, antaranya kisah Kaabah dibangunkan oleh Nabi Ibrahim, sebelum munculnya keluarga Sa’ud di akhir zaman ini, beratus-ratus tahun selepas wafatnya Nabi SAW, yang merampas pemerintahan di situ.

 

kita boleh nisbahkan rumah bungalow kita dengan nisbah keluarga kita, kerana tanah itu milik kita, bangunan itu milik kita, atau sebahagian sahaja seperti sebuah apartment dalam sebuah bangunan, sekalipun sementara kerana menyewa. namun tindakan menisbahkan negara dan tanah milik awam kepada nama keluarga sendiri, sangatlah tidak wajar.

 

jika saya terpilih menjadi YDP Agong, suatu hari nanti walaupun bagaikan mustahil, dan saya mahu tukarkan nama negara Malaysia kepada Negara Fahrul Razi, apakah perasaan anda semua?

 

p/s : ada satu video kelakar, dimasukkan ke youtube, menunjukkan seorang lelaki mengajarkan bahasa arab kepada seorang pelancong, hanya membetulkan sebutan perkataan “saudi”. saya tidak dapat menjejaki video tersebut. sesiapa yang tahu minta dimaklumkan kepada saya untuk dikongsikan di sini.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

berita zaman sekarang mengerikan

June 5th, 2011

apabila membaca berita-berita zaman sekarng, rasa ngeri.

mampukah aku hidup nantinya?

akidah dan amalannya?

 

dunia zaman sekarang……

huh…no komen.

 

  • kes bunuh? setiap hari
  • masalah jenayah dan penganiayaan? (sample)
  • kes bunuh zuriat sendiri (buang anak)? terlampau banyak
  • masalah pegangan songsang, menganggap apa yang dipegangnya betul sedangkan tidak. (sample)
  • zina dan masalah sosial (sample)
  • masalah pendidikan yang merosot kualitinya
  • masalah ekonomi dan kemiskinan
  • masalah politik, tikam menikam, fitnah memfitnah
  • SPRM turut makan dan menggalakkan rasuah? (sample)
  • pihak berkuasa yang membunuh? (sample)
  • polis bermasalah? bagaimana kita rasa terbela melaporkan kepada mereka? (sample)

 

adakah konsep “lakum dinukum waliya dini” patut untuk zaman sekarang? duduk di gua, terpencil dari manusia…(??)

adakah kesemua pakej “ngeri” ini ada penyelesaian?

 

Ya Allah! bimbinglah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang kau redhai dan kau beri nikmat (syurga)

logo-panglimakhalid

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-