baru-baru ni, berbual secara private dengan member di Fb, tahniah aku ucapkan kat ko bro, sebab tanya dulu untuk faham sebelum buat keputusan.
.
isunya, sekitar undang-undang terhadap anak tak sah taraf.
.
mulanya dia tanya, ayah kepada anak tak sah taraf tu mahram atau tidak dengan anak dia tu?
aku jawab tak mahram. tiada apa-apa hubungan. faraid ke atas atau ke bawah tiada hubungan, walikan anak perempuan pun tidak boleh.
.
then baru dia bagi link yang bincangkan isu itu di web : http://www.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya/
.
ok. artikel tu saja cari pasal!
kenapa?
.
undang-undang syariah, bukan semudah “aku rasa” maka undang-undang itu diwartakan. tidak!
dia melalui sistem; dibaca, dinilai, disemak, diluluskan.
.
nak perbaiki undang-undang, silakan. gunakan saluran yang sah. bawakan hujah dan kajian anda.
undang-undang itu ada sandarannya, disandarkan kepada ulamak dan pandangan kitab untuk kita yang mahu mengkritik, mengkaji kembali kitab dan pandangan itu, mengapa dan bagaimana hukum itu terbit dan terhasil, sebelum kita menghuraikan secara perbandingan dengan pandangan lain.
.
bukannya segala yang kita tak setujui, maka kita tolak dan mendakwa hukuman itu adalah ketinggalan zaman. bro! kaji dulu.
jangan ulang sejarah, budak2 poyo mengaku salafi, menolak mentah-mentah amalan mazhab syafie kononnya tiada dalil, kononnya amalan taqlid buta.
sedangkan dia yang tak kaji pandangan tu terbit dari mana, bagaimana disimpulkan sampai jadi begitu, terus nak bawakan pandangan lain yang dirasakan lebih kuat kerana ada dalil sandaran.
.
kita mengambil pandangan mazhab syafie, tidak membawa maksud mazhab lain salah! itu kenyataan yang sangat SILAP!
Ramai ulama besar dalam Mazhab Maliki, Hanbali, dan Hanafi yang berpendapat anak yang dilahirkan di luar pernikahan boleh dibin atau dibintikan bapa kandungnya. Mereka juga menggunakan dalil-dalil agama yang kuat. Apa berani kita mengatakan mereka salah atau ilmu mereka cetek? Mengapa tidak kita kaji apakah hujah-hujah yang mereka utarakan?
kami mengetengahkan pandangan mazhab syafie kerana bagi kami pembuktiannya kuat, jelas, relevan, berbanding mazhab dan pandangan lain. pandangan lain betul juga, namun kami tak memilihnya. anda menyeru untuk mengkaji mazhab lain, bagus. tidak salah seruan itu, namun kajilah dengan cara yang betul, dengan sistem yang betul, bukannya sistem yang berterabur. kaji juga secara mendalam apakah hujah-hujah bagi undang-undang yang sedang dipakai sekarang, yang disandarkan kepada mazhab syafie. jangan terlalu taksub anti mazhab, namun anda hanya bawakan pembuktian dalam mazhab tertentu (yang anda tak tahu) dan menggunakan hujah pembuktian mereka, tanpa menimbang dengan hujah pembuktian mazhab lain.
member aku kemudiannya timbulkan persoalan yang ada dalam artikel tu, undang-undang di Indonesia membenarkan pensabitan nasab anak luar nikah.
.
jawapannya, jika ada mazhab benarkan, atau setelah dikaji secara fiqh ianya dibolehkan, silakan!
fatwa terbuka luas, tidak terikat dengan mazhab. namun bukan kita yang mengambil keputusannya, pihak berkuasa agama yang diketuai mufti yang menguruskannya.
mungkin sekarang undang-undang masih anak luar nikah tiada hubungan dengan ayah kandungnya. suatu hari nanti mungkin selepas dibincangkan secara detail di peringkat pembuat dasar, disokong pihak mufti atau difatwakan terlebih dahulu oleh mufti akan dilaksanakan oleh mahkamah. mungkin sahaja!
.
undang-undang boleh diubah setelah perbincangan yang mendalam dilakukan. bukan seperti undang-undang agama filem Musang Berjanggut yang boleh dipadam mengikut nafsu! namun dipinda berdasarkan maslahat umum, yang masih berpaksikan dalil dan nas syarak yang asal, al-Quran dan Sunnah.


