Posts Tagged ‘kiblat’

antara gereja dan masjid, di manakah kita?

October 6th, 2011

[info 1] | [info 2]

kita risau dengan gereja terbesar d asia tenggara, dibina di bukit jalil.

.

kita risau dengan perkembangan agama lain yg lebih rancak dan pesat.

.

mengapa?

.

Surau Stadium Bukit Jalil yang dikunci

kerana kita sendiri menguncikan masjid-masjid serta surau-surau kita

kerana kita sendiri melemahkan pengurusan masjid dengan melantik orang yang tak ke masjid

kerana kita sendiri tak imarahkan masjid dengan program ilmu dan nasihat

kerana kita sendiri yang sibuk dengan dunia dan hiburan hanya ke masjid waktu solat 5 waktu sekadar 5-10 minit setiap kali

kerana kita sendiri yang menghalang kerja dakwah orang lain dikalangan Tabligh atau pendakwah bebas, NGO, Parti Politik yang membawa usaha dakwah ke masjid dan qaryah kita

.

KERANA KITA

KERANA USAHA KITA

KERANA TANGAN KITA

KERANA KEJAHILAN KITA

KERANA KESOMBONGAN KITA

KERANA KEEGOAN KITA

.

jika masjid kita diimarahkan, adakah kita akan risau lagi dengan kemunculan gereja terbesar di dunia sekalipun?

.

jika remaja dan masyarakat kita berilmu, adakah kita akan risau lagi?

.

jika hubungan sesama kita ahli qaryah utuh dan kukuh, saling menjaga tepi kain orang, adakah kita risaukan lagi kemunculan dakyah luar?

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Istiwa’ A’zham – fenomena tahunan

May 22nd, 2011

apakah itu istiwa’ a’zham? (إستواء الأعظم)

istiwa’ a’3zham ini merupakan peristiwa di mana matahari berada tegak di atas kaabah. ianya berlaku sebanyak dua kali sahaja setahun, dan waktunya sangat singkat. maka persediaan haruslah dilakukan awal sebelum berlakunya peristiwa ini.

matahari di atas kaabah

apabila matahari berada di sesuatu tempat, kita boleh menggunakan bayang-bayang yang terhasil pada waktu itu untuk merekod arah matahari berada. dalam situasi seperti rajah di atas, matahari berada di atas kaabah, maka bayang-bayang yang terhasil akan menunjukkan arah kaabah.

 

peristiwa ini hanya berlaku pada 27 atau 28 mei setiap tahun, dan pada 15 atau 16 julai setiap tahun. eh? kenapa ada empat tarikh? kata tadi 2 kali sahaja?

ya, dua kali sahaja. 4 tarikh itu kerana pada setiap 4 tahun sekali, bilangan hari pada bulan februari ditambah menjadi 29, bermakna, peristiwa ini pada tahun tersebut dikurangkan sehari. kerana itu ianya berlaku pada 15 atau 16 julai (beza sehari) dan pada 27 atau 28 mei (beza sehari) setiap tahun.

quote from wiki : The two moments in each year when the sun is directly overhead the Kaaba, the direction of shadows in any sunlit place will point directly away from the Qiblah. This happens on May 27 or May 28 at 9:18 GMT and on July 15 or July 16 at 9:27 GMT.

waktunya? jam 17:16 waktu Malaysia (GMT+8) atau 5:16 petang pada tarikh 27 atau 28 Mei, manakala untuk tarikh 15 atau 16 Julai, pada jam 17:28 atau 5:28 petang waktu Malaysia.

nota : apakah GMT? singkatan bagi Greenwich (baca : grinich) Mean Time, pusat rujukan waktu bagi seluruh dunia. Kod GMT+8 merupakan zon masa bagi kedudukan seperti Malaysia dan singapura, berbeza masa dengan pusat rujukan di Greenwich sebanyak 8 jam lebih awal. kedudukan mesir pada zon masa adalah GMT+2. waktu di Buenos Aires adalah GMT-3 yakni 3 jam lewat berbanding Greenwich.

 

bagaimana keadaan Istiwa’ A’zham ini boleh berlaku? ianya disebabkan putaran bumi pada paksinya yang condong, dan mengelilingi matahari pada orbitnya. maka, kerana kecondongan itulah, sesetengah bahagian muka bumi menerima pancaran cahaya yang banyak berbanding di tempat lain, yang mengakibatkan berlakunya pertukaran musim di hemisfera bumi yang utara, manakala hemisfera bumi yang selatan akan belaku musim yang sebaliknya. boleh rujuk di >>sini<< dan >>sini<<. peristiwa istiwa’ a’3zham berlaku ketika peredaran bumi mengelilingi matahari yang menyebabkan matahari melintas pada titik kedudukan kaabah.

 

rasanya cukup sekadar ini, penerangan ringkas berhubung peristiwa istiwa’ a’3zham. semoga kita mengambil manfaat darinya.

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-