Posts Tagged ‘KISAS’

Rawaq Malayu lil Mubtadi’in

February 18th, 2012

tiada lagi alasan (mungkin) untuk pelajar Melayu di Mesir menadah kitab di al-Azhar.
.
jika dahulu dikatakan masalah bahasa, tak faham apa yang diajarkan syeikh, sekarang yang mengajarnya orang Melayu berbahasa Melayu.
.
jika dahulu dikatakan aras pengajian tinggi, kami masih baru. Nah! pengajian kitab aras rendah disediakan.
.
jika alasannya duit, yang mengajar pun pelajar di mesir, juga memerlukan duit. tetapi mengajar secara percuma tanpa gaji!
.
jika alasannya jarak, bas dan teksi banyak. cuma untuk kelas lepas isyak tu, bas nak balik jika terlalu lewat, akan terlepaslah bas. terpaksa naik teksi untuk balik.
.
jika alasannya malas? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.
.

1) Sabtu: Bacaan matan al-Waraqat (Usul al-Fiqh)
> Hairul Nizam bin Mat Husain
> selepas Isyak.
.
2) Isnin: Bacaan matan Abi Syuja’ (Feqh Mazhab al-Shafi`ie)
> ustaz Muhammad Noorazam Bin Bahador
> selepas Isyak.
.
3) Selasa: Bacaan kitab al-Kharidah al-Bahiyyah (Aqidah)
> ustaz Nazrul Nasir
> selepas Asar.
.
4) Rabu: Bacaan kitab al-Manzumah al-Bayquniyyah (Ulum al-Hadith)
> ustaz Hanif Haron
> selepas Isyak.
.

semoga Allah limpahkan ilmu dan kefahaman kepada mereka yang terpilih mengajar di al-Azhar. semoga Allah permudahkan urusan mereka. semoga Allah ramaikan lagi generasi ULAMAK al-Azhar dari kalangan warga Melayu.

dua orang lepasan pelajar KISAS. Ust Nazrul Nasir (spm 2001, stam 2003) dan Ust Norazam Bahador (spm 2002, stam 2004)

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

STAM di masa depan

January 26th, 2012

http://is.gd/DSTsDd
.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/3-996-calon-lulus-stam-2011-1.20222
.

bermula tahun 2000 STAM diperkenalkan. kisas perkenalkan matapelajaran STAM di kisas pada 2001, dan graduan pertama Stam Kisas adalah pada tahun 2002. Bermula 2005, calon STAM di KISAS menduduki peperiksaan di bangunan KISAS sendiri setelah calon sebelumnya perlu ke SAMT Hishamuddin untuk mengambil peperiksaan STAM di sana sekalipun belajar STAM di bangunan KISAS.
.

Antara guru-guru yang mengajar STAM adalah Ust Syeikh Salim Syeikh Hassan al-Bimi. Mungkin boleh disebutkan dalam email bertajuk lain.
.

Isu STAM, bukan sekadar lepasan KISAS, juga lepasan sekolah lain seluruh Malaysia, menghadapi masalah “STAM YANG TIDAK LAGI DIIKTIRAF”.
.

Ini adalah berikutan bakal mahasiswa/i al-Azhar diarahkan untuk mengambil peperiksaan Imtihan Qabul (ujian kelayakan) untuk memasuki kuliah di al-Azhar, bukan lagi berdasarkan kelayakan STAM, yang membawa erti “apa lagi gunanya sijil STAM selepas ini?”
.

Jika untuk mengambil ijazah sarjana muda bidang agama di UIA, UKM, UM, USIM, dan lain-lain universiti awam atau swasta tempatan, boleh terus dengan mengunakan sijil SPM, maka untuk apa mengambil STAM?
.

Jika untuk belajar di al-Azhar perlukan Imtihan Qabul, untuk apa lagi mengambil STAM yang tidak dipandang pun? Mengapa tidak datang ke mesir untuk imtihan Qabul setelah SKK@thanawi (tingkatan 4)?
Atau selepas SPM dan masuk ke kuliah eksklusif yang mahal, khas untuk mahasiswa kaya dari Malaysia sahaja (kononnya untuk wafidin umumnya namun negara mana nak support mahal2 gitu?) dalam kuliah ulum Islamiah (kebanyakannya tajaan AmanahRayaBerhad)?
Mengapa STAM? Apa lagi nilainya sijil STAM?
.

Dalam artikel akhbar tersebut (klik link) :

STAM yang mula dilaksanakan sejak 2000, melayakkan pelajar yang memperoleh sijil itu untuk memohon mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Masih-kah?

.
Justeru…masa depan STAM? Ke manakah?
Adik-adik (atau anak-anak) kita di KISAS yang akan mengambil STAM?
Yang telah mengambil SKK?
Yang telah mengambil SPM namun tidak berkemampuan untuk membayar yuran Kuliah Ulum yang elit?
.

Mengapa tidak disalurkan terus ke imtihan Qabul?
.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

akhirnya bertemu kembali

November 15th, 2011

3 tahun sudah rasanya, kali terakhir bertegur sapa, sekalipun teguran hanya di ruangan maya.

 

berpisah kerana kesilapan saya. terguris hatinya, dan membawa kepada bertahun-tahun merajuk dan menjauhkan diri. bukan couple, bukan hubungan intim, tetapi kenalan maya yang pernah berjumpa. tak tahu asalnya dia lulusan sekolah yang sama, KISAS. berlainan jantina namun beliau telah berkahwin ;)

 

nama beliau masih berada dalam list Yahoo Messenger-ku. tidak pernah dipadam atau dibuang. sekalipun tahu dia telah berkahwin, namun apa masalahnya? saya bukan nak mengorat beliau apatah lagi merampas. hanya nak memohon maaf atas kesilapan bahasa saya yang lalu dan meneruskan hubungan persahabatan yang pernah terjalin.

 

14 November 2011, tiba-tiba ada mesej YM masuk, dari beliau, yang sudah mungkin 3 tahun tidak diterima. mesej dikirim mungkin melambangkan tanda maaf diterima. terima kasih kerana masih sudi menganggap saya sebagai kawan. nombor telefon saya yang lama (dah expired sebab tak topUp) pun masih beliau simpan. 0134633450.

 

bagi saya, berkawan tiada tempoh tamat. no expired date. sekalipun kawan kita menjadi jahat, dia tetap kawan kita dan perlu diselamatkan (falsafah naruto).

awak dah jadi jahat macam Uciha Sasuke dari baik kepada jahat? saya akan cuba selamatkan awak sekurang-kurangnya cukup sekadar mematuhi perintah tuhan tanpa sebarang tambahan kecantikan amalan sunat. awak dah jadi baik? segala puji puja hanya bagi Allah. awak masih seperti dulu? tiada masalah. awak dalam keadaan bagaimana pun tetap kawan saya. kerana awak pernah jadi kawan saya.

 

dan nabi ajarkan supaya sambungkan silaturahim itu sekalipun tidak berbalas. ada hadis menceritakan seorang sahabat tanyakan nabi, bahawa dia telah menyambungkan silaturahim namun saudara-saudaranya mengejinya, menjauhinya. adakah perlu lagi dia sambungkan silaturahim? nabi menjawab mafhumnya bahkan itulah menyambungkan silaturahim.

ini adalah kerana, jika mereka datang kepada kita dan kita membalas kedatangan mereka dengan pergi juga kepada mereka, itu merupakan kunjungan balas. menyambungkan silaturahim adalah mereka menjauhi kita atau tidak datang kepada kita, namun kita yang mengunjungi mereka.

 

semoga persahabatan dan persaudaraan ini diiktiraf sebagai “mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah”, sekalipun kita berbeza jantina.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

KISAS oh~

September 29th, 2011

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

perjalanan hidup

September 8th, 2011

baru sebentar tadi membaca satu tulisan panjang dari seorang senior di KISAS dulu. Dulu pernah mendengar namanya, tapi tak kenal langsung siapa dia. Dan rasanya dulu juga pernah dia datang ke Mesir bercuti bersama rakan-rakan beliau di Russia dan dipandu oleh rakan beliau semasa di KISAS, bro Shamsul Amir. pun rasanya saya masih tak kenal siapa dia.

 

semalam, ada dua orang rakan FB, seorangnya saya kenal dan seorang lagi tak dikenali (rasanya simptom yang sama kenapa saya tak kenal Sarah Shukor walaupun mereka berdua sama-sama di KISAS sekalipun di tahun yang berbeza) menampal di dinding FB mereka link kisah akak Sarah Shukor ini, dari blog beliau. boleh dibaca di >>SINI<<.

 

agak cemburu membaca kisanya. ya, kisah yang setiap orang melaluinya dengan jalan dan pengalaman masing-masing. kisah yang kadang kala berbelit, kadang kala terlalu nampak dipermudahkan Allah jalannya, kadang kala….berbagai-bagai ragam lah.

cemburu? ya, cemburu kerana masanya masih belum tiba untuk saya.

 

cemburu juga kerana blog beliau didirikan atas platform WORDPRESS namun tidak mengalami masalah “pretty permalink”. aku masih bingung hingga kini untuk selesaikan masalah permalink ini. bukan sekadar adress ke setiap post, bahkan masalah berkaitan dengan plugin “page navi”, kalendar sisi, dan berbagai-bagai lagi. theme yang cantik? boleh sahaja dicari yang cantik dan menarik, boleh sahaja diubah skrip untuk mencantikkan lagi blog. masalah “pretty permalink” dan kewujudan “index.php” sangat menjelikkan, dan membingungkan, masih belum dapat diselesaikan.

 

menarik dengan nota beliau di akhir post:-

Nota 1: Jangan couple sebelum kahwin. Tak best. :grin:

 

pengalaman beliau, dan pengalaman insan lain yang telah melaluinya, lebih menarik jika kita baru belajar tentang isteri/suami setelah kita berkahwin. namun rasanya masih tidak termasuk sebagai berkapel atau mengenali bakal pasangan jika mengambil tahu beberapa prinsip beliau, mengenali perkara-perkara asas supaya dapat difahami adakah mampu nanti untuk kita hidup bersama dengannya.

dalam entri yang sama, beliau menulis [ada seseorang datang meminang. Haha. Ini agak lucu. Masih ingat entri ini? Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema] dan apabila dibaca entri itu, ya, dilemanya pada dia. saya tak tahu lah ustaz lain, kalau saya, sebagai pelajar al-Azhar, saya tidak menyempitkan pemikiran saya. saya juga tidak akan menyempitkan pemikiran orang lain. selagi prnsip asasnya dijaga, syariatnya terbela, teruskan. tudung bawal, paus, kembung, tuna atau pari sekalipun, pakailah! jika kurang labuhnya, labuhkan sedikit lagi supaya tertutup apa yang mungkin mudah terbuka jika singkat tanpa mengubah namanya tudung bawal, paus, kembung, tuna atau pari sekalipun. jika kurang menarik di pandangan mata saya, saya akan sampaikan perasaan saya dan berbicara sebaiknya.

 

ustaz tak jumud, tak seperti yang di-dilema-kan. ustaz pun dengar lagu rock sekarang tau! haha..

 

apapun, tahniah kepada beliau. dengan usaha dan tawakkal beliau, selama 13 tahun itu, akhirnya berjaya. semoga anak-anak dilahirkan soleh-solehah belaka.

p/s: kalau dia betul-betul pakai wordpress, dia akan dapat mengesan saya menghubungkan link ke blog dia dari sini :D

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-