Baru-baru ini, satu kejadian yang mungkin biasa berlaku, mungkin semua pernah alami, berlaku juga di masjid al-Azhar. Imam utama, Syeikh Solah Nassar terlupa duduk tahiyyat awal.
Justeru, ini pun nak diceritakan? Kemon lah! Banyak lagi benda penting dalam alam ni! Melayu belum bersatu, pergelutan politik, tv porno, harga barang naik, itulah inilah.
Ya, benda ni kecil, semua mungkin pernah alaminya. tapi saya rasa pengajarannya besar. Apa yang berlaku? Hanya imam terlupa duduk tahiyyat awal, ada makmum yang mengikut di belakangnya ikut berdiri, dan ada yang terus duduk. Kami di hujung hanya ikut orang sebelah yang duduk, kerana tak Nampak imam.
Setelah tahiyyat, imam takbir kami pun bangun. Tetiba tengah baca fatihah imam sebut “sami3allahu liman hamidah”
Dalam hati dah tak khusyuk. Cepatnya imam baca fatihah, rukuk, dah iktidal dah. kemudian imam takbir untuk sujud.
Ada yang tengah berdiri tu terus sujud, takde ruku3, dan setelah selesai solat tak tambah satu rakaat lagi. Ada yang segerakan fatihah, rukuk dan sambung solat seperti biasa sehingga mendapat imam. Dalam kepala ligat fikir bagaimana nak selesaikan masalah. Saya memilih untuk dapatkan ruku3 yakni setelah selesaikan fatihah dengan segera. Saya tidak boleh terus sujud kecuali jika terpaksa sedemikian dan diwajibkan menambah satu rakaat lagi sebagai ganti rakaat yang terlepas tanpa ruku3 itu.
Setelah solat, imam berpaling dan menjelaskan bagaimana menghadapi keadaan tersebut. Sebagai makmum apabila imam terlupa duduk tahiyyat awal adakah terus duduk atau ikut berdiri, dan mengapa. Bagaimana keadaan mereka yang tertinggal rukun ruku’ serta iktidal?
Pengajarannya adalah ilmu. Masyarakat perlukan ilmu. Islam yang benar!
Pengajarannya juga imam perlu faham selok belok ugama khususnya ibadat harian fardhu ain serta fardhu kifayah dengan baik.
Pengajarannya juga, bak kata imam Ghazali, ilmu sesuatu perkara adalah wajib sebelum melakukannya. sebelum melakukan solat wajib belajar tentang solat. sebelum melakukan perniagaan wajib tahu perniagaan dalam Islam yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan, rukun, syarat, sah batalnya, segala yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Pengajarannya juga, imam sepatutnya mampu menerangkan dengan baik supaya rakyat dibelakangnya faham apa stand UGAMA dalam hal itu dan ini. Jika bukan imam yang terangkan, sepatutnya imam melantik naib atau wakilnya menerangkan.
dan pengajaran-pengajaran lain yang mungkin sesuai dengan tajuk dan perkara yang dibicarakan.
Apakah IMAM Malaysia, menghadapi isu dengan menerangkan stand UGAMA kepada rakyat? atau menghadapi tuduhan “ahli perniagaan” terhadap ketua pembangkang di parlimen dengan cara mengizinkan POLIS dan pihak keselamatan diperkuda? dengan membenarkan agensi kerajaan dan hotel serta tempat awam dibuat perkara mungkar?
.
