Posts Tagged ‘PISANG’

Simptom-simptom gangguan JIN atau Sihir

March 30th, 2012
Ketika tidur

  • Dihimpit sesuatu ketika tidur.
  • Bunyi gigi ketika tidur.
  • Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
  • Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
  • Mimpi menakutkan.
  • Mimpi paderi, salib dan gereja.
  • Mimpi tanah perkuburan.
  • Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
  • Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
  • Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
  • Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
  • Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
  • Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
  • Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
  • Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

.

Ketika jaga

  • Sakit tulang belakang.
  • Sakit kepala luar biasa.
  • Istihadah. (haid lebih 15 hari)
  • Terasa ada benda yang mengekori.
  • Takut tidak bersebab.
  • Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
  • Sesak nafas waktu maghrib.
  • Ragu-ragu tentang iman.
  • Pengsan dan sawan tanpa sebab.
  • Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
  • Sakit tulang empat kerat.
  • Takut menziarahi jenazah.
  • Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
  • Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
  • Rasa seperti hampir mati.
  • Nampak bayang-bayang melintas.
  • Sukar lelapkan mata.
  • Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
  • Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
  • Sakit bahagian perut tanpa sebab.
  • Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

 

jika mengalaminya (kerap dan berulang kali) sila dapatkan nasihat pengamal Perubatan Islam yang diyakini lagi dipercayai.

Professional Islamic Support and Nurture Group

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

kesimpulan isu berkenaan Ust Trimizi Zainal

March 18th, 2012

asar tadi (17 Mac 2012) dalam seminar perubatan Islam anjuran PMUI dengan kerjasama Darussalam, saya bertanyakan pengerusi Darussalam yang hadir brkenaan isu Ust Trimizi Zainal yang pernah heboh di Mesir khususnya dikalangan ahli persatuan pelajar (PMRAM). beliau menjelaskan bahawa ust Trimizi tidak mengambil apa-apa ijazah perubatan Islam samada dengan Darussyifa’ atau Darussalam, juga tidak secara persendirian dari TG Haron Din dan Ust Ismail Kamus. mungkin diambil secara umum dalam kuliah dan tazkirah di masjid dan kepada orang awam.

saya tanyakan, bagaimana pula dengan ijazah dari Ust Trimizi yang saya ambil? beliau nasihatkan tinggalkan dan mulakan yang baru, ambil dari yang sahih seperti Darussyifa’ dan Darussalam.

saya mengadu kepada guru dan murabbi saya, Syeikh Ahmad Hajain, adakah perlu bersanad untuk menjadi Muallij? kata beliau tidak menjadi kewajipan, ada lebih baik. boleh sahaja mengambil mujarrabat ulamak tanpa diambil secara bersanad seperti apa yang disebutkan Syeikh Ibnul Qayyim dan lain-lain. Berkenaan nasihat untuk meninggalkan itu, selagi kaedah pengubatannya berasaskan al-Quran dan Sunnah, tidak menyalahi syarak, dan kaedahnya tidak memudharatkan selari dengan kaedah pengubatan lain (seperti tidak boleh keluarkan jin melalui hidung atau mata) boleh beramal dan mengubat dengannya. kerana NABI SAW MERUPAKAN YANG PERTAMA YANG MEMBERIKAN IJAZAHNYA!

lagi pula, ust Trimizi memang tidak HANYA mengambil dari TG Haron Din dan Ust Ismail Kamus, bahkan saya pernah lihat ijazah dan tandatangan Syeikh di jordan (terlupa nama) kepada Ust Trimizi semasa ust berikan sisipan doa nabi untuk disalin fotokopi kepada peserta sebagai pengisian, beberapa tahun lepas.

dan kaedah yang dibawa beliau, kumpulan ayat ruqyah, tidak sama dengan Darussyifa’ atau Darussalam. demonstrasi yang dibuat pengerusi Darussalam pada malam 16 Mac (malam sabtu) jelas menunjukkan kaedah PISANG berbeza dengan Darussalam. juga saya pernah mengikuti/menonton kaedah rawatan di klinik rawatan Darussyifa’ cawangan berhampiran rumah saya sebelum saya datang ke mesir kali pertama pada tahun 2006. namun prinsip asas perawat dan pengubatan ada dicedok dari TG Haron Din dan Ust Ismail Kamus. ianya benda universal, maka tiada masalah cedokan di situ.

saya telah menimbang tara membandingkan antara kaedah-kaedahnya, saya telah cuba mencari titik kesefahaman antara tiga persatuan pengubatan ini, dan saya dapati PISANG lebih fleksible, lebih praktikal, dan lebih terbuka. prinsipnya sama, adabnya sama, kaedahnya hampir sama, ayat-ayat ruqyahnya lebih banyak, semuanya ada sandaran al-Quran dan Sunnah dan kalam ulamak.

hampir berputus asa dengan PISANG setelah isu ini panas, sekarang dapat semangat baru dari Maulana Ahmad Hajain

secara kesimpulan behubung Ust Trimizi:-

  • Benar tiada ijazah Darussyifa’ atau Darussalam. Ust Trimizi sendiri akuinya.
  • Mungkin benar tidak diambil ilmu pengubatan Islam secara khusus dari Ust Ismail Kamus atau TG Haron Din. Namun tetap boleh dianggap berguru dengan apa juga cara perguruan yang diiktiraf seperti hadir majlis ceramah dan kuliah umum adau perbincangan tertutup dan diajarkan sesuatu.
  • Pengerusi Darussalam tidak dapat menolak dakwaan bahawa Ust Trimizi ada belajar dari ulamak di Jordan. Namun yang disentuhnya adalah tuduhan bahawa Ust Trimizi mencari populariti mempergunakan nama Ust Ismail Kamus dan TG Haron Din.
  • Ada pelajar di Jordan yang mengenali Ust Trimizi, pernah simpan nombor telefon Jordan beliau, dan mengakui Ust Trimizi memang belajar perubatan Islam di sana.
  • Kaedah pengubatan Islam tidak hanya dibawa Darussyifa’ dan Darussalam. Ulamak rujukan dalam pengubatan Islam bukan hanya Syeikh Wahid Abdussalam Bali, bahkan di Mesir ada ulamak yang bukan pro salafi yang menjadi rujukan para pengamal pengubatan Islam. Kaedahnya terbuka, prinsipnya sama. adabnya hampir sama, sebahagiannya bertegas sebahagian agak longgar namun masih dalam landasan syarak. maka mengapa perlu ditolak dan ditohmah yang ini dan itu atas dakwaan yang dangkal dan tak menepati hujah ILMU ?

saya berasa SANGAT LAPANG HATI setelah pelajar di Jordan itu mengesahkan Ust Trimizi memang belajar perubatan Islam di Jordan. setelah berbagai-bagai tuduhan liar mereka yang terlalu cepat dan mudah menghukum seperti ahli PMRAM. juga tindakan pihak-pihak lain yang terlalu tertutup pandangan mereka tanpa disandarkan hujah ilmu yang kuat dan tepat.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Apa masalahnya ikut ulamak tak ikut persatuan?

March 17th, 2012

ada orang kata kepada saya ada pihak mengatakan, tak mengikuti program haraki persatuan lalu terus menumpukan pengajian talaqqi akan menyebabkan seseorang memahami Islam secara dangkal dan silap.

 

lalu saya katakan, hari ini saya mengalami sesuatu yang menyalahi pernyataan tersebut

 

asar tadi dalam seminar perubatan Islam anjuran PMUI dengan kerjasama Darussalam, saya bertanyakan pengerusi Darussalam yang hadir brkenaan isu Ust Trimizi Zainal yang pernah heboh di Mesir khususnya dikalangan ahli persatuan pelajar (PMRAM). beliau menjelaskan bahawa ust Trimizi tidak mengambil apa-apa ijazah perubatan samada dengan darussyifa’ atau darussalam, juga tidak secara persendirian dari TG Haron Din dan Ust Ismail Kamus. mungkin diambil secara umum dalam kuliah dan tazkirah di masjid dan kepada orang awam.

 

saya tanyakan, bagaimana pula dengan ijazah dari Ust Trimizi yang saya ambil? beliau nasihatkan tinggalkan dan mulakan yang baru, ambil dari yang sahih seperti Darussyifa’ dan Darussalam.

 

saya mengadu kepada guru dan murabbi saya, Syeikh Ahmad Hajain, adakah perlu bersanad untuk menjadi Muallij? kata beliau tidak menjadi kewajipan, ada lebih baik. boleh sahaja mengambil mujarrabat ulamak tanpa diambil secara bersanad seperti apa yang disebutkan Syeikh Ibnul Qayyim dan lain-lain. Berkenaan nasihat untuk meninggalkan itu, selagi kaedah pengubatannya berasaskan al-Quran dan Sunnah, tidak menyalahi syarak, dan kaedahnya tidak memudharatkan selari dengan kaedah pengubatan lain (seperti tidak boleh keluarkan jin melalui hidung atau mata) boleh beramal dan mengubat dengannya. kerana NABI SAW MERUPAKAN YANG PERTAMA YANG MEMBERIKAN IJAZAHNYA!

 

adakah saya akan silap dalam berjalan jika melazimi ulamak dan tidak mengikuti program persatuan?

jelas kan?

 

Professional Islamic Support and Nurture Group

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

dalil pisang Jumaat

February 22nd, 2012

tak disangka, rupa-rupanya amalan meletakkan pisang untuk dijamah hadirin solat Jumaat ada dalam hadis.

 

semasa kami memperlajari kitab Riyadhus-Solihin Imam Nawawi, Kitab pada memberi salam, bab memberi salam oleh seorang lelaki kepada isterinya atau wanita mahram atau wanita ajnabi selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan pemberian salam wanita kepada lelaki dengan syarat ini (selagi tidak dikhuatiri fitnah).

عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال‏:‏ كانت فينا امرأة -وفي رواية‏:‏ كانت لنا عجوز- تأخذ من أصول السلق فتطرحه في القدر، وتكركر حبات من شعير، فإذا صلينا الجمعة، وانصرفنا، نُسلم عليها، فتقدمه إلينا‏‏

(رواه البخاري‏)

dalam hadis, diceritakan berkenaan seorang wanita yang menyediakan makanan dan menunggu sehingga selesai solat Jumaat. Hadirin (lelaki) yang keluar dari masjid dan lalu di hadapan beliau memberikan salam kepada beliau, dan beliau menjawabnya, lalu menghulurkan makanan yang dimasaknya.

 

diambil hukum dari hadis ini, harus lelaki memberi salam kepada wanita selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan sebaliknya.

juga difahami, bahawa dikalangan sahabat dan sahabiah nabi sendiri menyediakan makanan untuk hadirin solat Jumaat, menunjukkan ianya harus bahkan sunnah taqrir.

tahniah kepada yang meletakkan pisang di masjid.

namun seeloknya, jangan letak pisang sahaja lalu pulang tidak solat Jumaat langsung di situ atau di tempat lain. hadirlah sama solat Jumaat. Jangan hanya pisangnya masuk ke  syurga, tuannya dihumban ke neraka, na3uzubillah min zalik.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

titik-titik bekam sunnah

December 25th, 2011

.

rajah di atas menunjukkan titik-titik bekam yang terdapat di kepala.

a – Yafukh

b – Ummu Mughis

c – Qamahduwah

d – Nuqratul Qafa’ (samada di bawah atau ianya juga qamahduwah)

e – Hamah (dikatakan ianya atas dahi -antara dahi dan titik puncak kepala-, dan ada yang mengatakan ianya dahi)

f – Qarnain, di kanan dan kiri kepala. di kawasan yang berisi antara puncak atas kepala dan telinga.

 

selain dari rajah di atas, terdapat juga titik-titik lain yang merupakan titik bekam sunnah. iaitu pada dua urat leher (akhda3ain), di bawah tengkuk (kahil), atas kedua-dua bahu (ala katifain), pinggang (kiri dan kanan tulang belakang di bahagian pinggang – warik), dan di bahagian atas kaki (menghampiri jari di bahagian berdaging).

 

titik-titik lain, seperti titik anatomi, titik akupunktur, kawasan sakit, dan banyak lagi. terdapat titik-titik yang dilakukan bekam padanya berdasarkan pengalaman pembekam sendiri.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

waktu-waktu berbekam

December 23rd, 2011

Islam mengajar umatnya dari sebesar-besar perkara, memerintah dan mentadbir, solat dan haji, sehinggalah sekecil-kecil perkara, adab memakai pakaian yang mempunyai anggota kanan dan kiri, didahulukan yang kanan.

 

dalam semua ini, ada sumbernya dari wahyu, dan ada bersumberkan pengalaman tajrubah ilmuan dahulu dengan disiplin yang ketat. sekalipun tajrubah itu dari orang bukan Islam, namun jika ianya dibenarkan dalam Islam dan selari dengan syarak, maka ianya boleh diamalkan dengan cara yang telah diislamkan/dimurnikan.

 

waktu-waktu berbekam, ada sumbernya dari wahyu dan amalan nabi SAW, dan ada dari pengalaman pengamal bekam sendiri. secara kesimpulannya, waktu-waktu yang baik untuk berbekam adalah :-

  • dari segi waktu atau musim dalam setahun, waktu terbaik adalah pada musim panas atau cuaca panas. mungkin ini diambil dari tajrubah dan pengalaman kerana tiada sandaran hadis padanya.
  • dari segi waktu dalam sebulan, waktu terbaik adalah pada selepas pertengahan sedikit seperti dalam hadis pada 17, 19, 21 hari bulan hijri.
  • dari segi hari dalam seminggu, hari terbaik adalah Isnin, Selasa, dan Khamis.
  • dari segi waktu dalam sehari, waktu yang terbaik adalah pada waktu tengahari (panas) iaitu sekitar selepas zohor hingga asar.

elakkan berbekam pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta Rabu kerana dalam Sunan Ibn Majah ada menyebutkan hadis nabi berkenaan larangan tersebut. hikmahnya, Allahu a’lam.

 

namun, jika 17 hari bulan hijri jatuh pada hari rabu, tiada masalah berbekam padanya.

jika hari Isnin bukan pada 17/19/21 dan dalam musim sejuk pula, tetap boleh kerana mengambil sempena hari isnin seperti yang disebutkan hadis.

Allahu a’lam.

 

dan, jika berbekam kerana sakit tertentu, perlu disegerakan bekam, maka tak perlu tunggu hingga datang hari terbaik untuk melakukan bekam. waktu terbaik seperti di atas dipilih sekiranya boleh memilih tarikhnya, dan sekiranya untuk dijadikan rutin bulanan/tahunan.

[saya salin dari nota pelajaran bekam yang saya terima]

Ibnu Sina menyatakan dalam kitabnya al-Qanun Fit-Tibb :

“diperintahkan untuk berbekam bukan pada awal bulan kerana akhlat (cairan) badan tidak bergerak (secara aktif) atau teransang. dan bukan juga pada penghujungnya kerana akhlat semakin berkurang. tetapi (diperintahkan) pada pertengahan bulan, ketika akhlat teransang disebabkan pertambahannya ekoran bertambahnya cahaya pada jisim bulan, dan bertambahnya otak di kepala. dan juga air di sungai berkeadaan pasang dan surut.

 

dan ketahuilah bahawasanya sebaik-baik waktunya ialah pada waktu siang iaitu pada jam dua dan tiga petang, dan perlu dielakkan berbekam selepas mandi kecuali orang yang berdarah tebal, maka ia perlu mandi, berehat selama satu jam, kemudian barulah berbekam.”

 

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

3 asas perubatan alternatif + PISANG

November 25th, 2011

katanya tadi Syeikh Qaradhawi sampaikan khutbah di al-Azhar, dan ada demo untuk palestina. takpe lah, pegi kelas bekam tadi, tak dapat bersama2 ulamak dan muhibbi ahlul ilm.
.
teringat satu cerita ustaz hadi, dalam kelas refleksologi dan acupuncture yang lepas. ada seorang pengamal bekam di indonesia menceritakan, beliau ketika dilancarkan jihad untuk pertahankan Muslim di Ambon, orang lain mengangkat senjata, dia mengangkat pam bekam dia untuk membekam tentera supaya lebih bertenaga untuk berjihad.
.
sekarang, dah ada asas bekam, asas acupuncture, asas refleksologi, boleh jugak turun jihad mengangkat ketiga-tiga senjata tu :D

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-