Posts Tagged ‘rad wahabi’

wahabi dan doa awal serta akhir tahun

November 27th, 2011

****** ******** mentioned you in a a comment.

****** wrote: “Syiah bukanla sahabat Rasulullah s.a.w yang kita boleh ikut, bahkan mereka adalah perosak sunnah. Inilah masalah ustaz2 sekarang terlalu redha dengan si rawafidh ini. Syiah bukan satu isu mazhab, tetapi ia satu isu aqidah. Tidak mungkin untuk kita boleh mengikuti amalan mereka walaupun setelah dimurnikan. Tidak mungkin orang yang menjaga sunnah boleh menerima amalan2 yg berasal dari pengkafir sahabat nabi dan mengatakan Aisyah r.anha itu penzina.

Berdoalah sekehendak kita, itu bukan masalahnya, yang menjadi masalah apabila ia diupacarakan dengan kaifiyyat2 tertentu. dan mempercayai pula hadith palsu berkenaan dengan doa ini :sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”. Ini adalah hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah dengan cara yang sangat bathil.

Jagalah sunnah~ cukuplah Rasulullah s.a.w & Para sahabat R. anhum sebagai contoh dalam Ibadah dan amalan harian kita. Bukan cinta pada hari-hari tertentu sahaja.

Saya minta, masuk tempat saya, hormat sedikit, gunakan bahasa yang baik dan sopan ye Syeikh Fahrul Razi Abdul Razak al-Masri. Tak perlulah berbengong-bengong kalau tidak bersetuju.”

kah kah kah…
.
i mean that, kalau buat A bengong. kenapa terasa? haha. kalau buat B adakah masih bengong?
.
terlampau marahnya puak2 tu dengan syiah, tapi yg datang dari zionis, dari barat boleh diterima.
.
kerana hadis palsu menyokongnya maka tak boleh berdoa? ada hadis atau tidak memang kami berdoa, tahun hijri atau tahun miladi memang kami berdoa. azam tahun baru, bukankah itu agenda barat kerana dalam Islam azam kita setiap hari bukan setiap tahun!
.
ada satu hadis palsu menyokong tempoh haid paling panjang 15 hari. adakah kerana itu mazhab syafie batil? menggunakan hadis palsu? tidak sama sekali. bahkan mazhab syafie gunakan kajian setempat (terlupa pulak istilahnya) untuk menetapkan tempoh haid paling panjang atau paling pendek atau kebiasaan.
.
pastu block..haha…apa punya bengong daa…takleh berhujah terus besarkan perkataan bengong tu :P
.
padahal dalam komen di sana disebutkan ada 3 mafhum hadis, yang rasanya semuanya soheh dan masyhur belaka. dia tak boleh sentuh pulak hadis dan hujah tu, takleh nak berhujah, dia teruskan isu syiah, dia besarkan isu perkataan bengong (sebab dia terasa dikatakan bengong kot :P )
.
antaranya, tentang hadis hikmah itu barang tercicir dari orang mukmin, siapa jumpa berhak mengambilnya. kita berhak ambil mana-mana yang baik, tak kira dari kafir musyrik, mulhid, atau mubtadi3 yang melakukan bid3ah akidah, tetapi mesti dimurnikan dahulu supaya tiada unsur2 syirik kafir atau bidaah didalamnya
.
tetiba sekarang teringat hadis pasal asyura. nabi tengok orang yahudi puasa, nabi pun puasa. tidakkah itu bukti nabi ajarkan kita boleh ambil pengajaran dari luar? doa awal akhir tahun adalah dalam umum doa, bukan ibadat baru, masih dalam syariat. kalau ada benda2 bid3ah, murnikan, bukan halang terus dengan ibadat
.
antara hadis lain disebutkan di sana, mengkritik kembali kononnya membaca doa awal akhir tahun itu menghalang syaitan sedangkan hadis kata syaitan sentiasa menghasut. maka saya balas bahawa tidak menafikan doa memohon Allah jauhkan syaitan atau lemahkan syaitan. kita doa mohon dari Allah, Allah maha kuasa, syaitan tetap menghasut, seperti hadis mengatakan syaitan sentiasa dengan kita dalam peredaran darah kita
.
hadis ketiga disebutkan juga radd kepada apa yang disebutkan di sana, terlupa pulak sekarang. kalau teringat akan disebutkan semula
.

untuk mereka2 yang berkenaan

.
siapa pencipta komputer yang anda gunakan sekarang? chipset apa anda guna? intel? siapa reka? AMD? siapa reka?
.
hardware lain, siapa reka? monitor? LCD atau CRT? sistem komputer siapa reka?
.
siapa pencipta windows? kalau tak guna windows, siapa reka ubuntu? MacBook? Linux? dan lain2 operating system yg ada?
.
siapa pencipta henset yang anda gunakan untuk panggil penceramah? untuk berdakwah, untuk itu dan ini?
.
jikalah hanya kerana syiah meraikan hari besar umat Islam, mereka kafir, dan menghina sahabat nabi, maka kita tak boleh meraikan hari yang sama dengan cara kita yang soheh lagi murni, maka jangan gunakan sebarang henset atau komputer sehingga ada sistem komputer baru yang direkacipta orang islam.
.
nabi ajar kita boleh puasa asyura setelah melihat orang yahudi madinah puasa pada hari asyura, kenapa tidak kita meraikan hari2 kebesaran Islam dengan cara orang Islam?
.
kalau anda sudah kerja dan majikan ambil cuti sempena maal hijrah, anda kafir kerana mengambil ajaran syiah yang sesat dan membesar2kan tarikh tertentu seperti amalan mereka..haha. orang lain cuti anda sepatutnya duduk di pejabat seorang diri.

 

video rujukan :-

http://www.facebook.com/photo.php?v=198250723589741

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

ILMU vs UAI

November 20th, 2011

Ulama Muda UMNO (ILMU) kerat2 video Ustaz Azhar Idrus (x ambil full) dan buat tuduhan KONONNYA UstazAzharIdrus melabelkan ‘Ustaz Anjing’ pada mereka.

.
Bapak borek anak rintik.
.
ni video full UAI :

.
**Sapa nak install video cutter full version percuma, jumpa ustaz ILMU =)

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

merungkai salah faham dari penjelasan DrMaza berkenaan hukum menyentuh isteri apabila berwuduk

October 5th, 2011

Penjelasan Dr ASRI – Hukum Menyentuh Isteri Apabila Berwuduk.mp4

 

tabung haji gunakan fatwa itu semasa ibadah haji kerana kesulitan bersesak-sesak semasa tawaf. pandangan yang kuat dalam mazhab lain (bukan mazhab syafie) dan ada jugak pandangan ini dalam mazhab syafie tapi pandangan yg tak kuat. di Malaysia tak bersesak2 untuk tawaf atau ibadah haji, mudah nak jaga wudhuk dan kita belajar sejak sekolah guna mazhab syafie, so apa masalahnya?

“tuan2 dengar cerita orang2 yg mengaku dia mazhab syafie. entahkan benar entahkan tidak kita tak tahu, kadang2 bergantung kepada pendapatnya”

saya katakan, apa yang awak sebut tu entahkan benar entahkan tidak, mungkin pandangan hawa nafsu awak sendiri dr MAZA.
sama kan tuduhan tu dengan tuduhan dia?

relitinya, kita dengar dari orang ni kata gini, orang tu pun kata gini, orang sinun pun kata gini, semuanya nisbahkan kepada mazhab syafie dan hukumnya sama. tak nampak kebenaran sumber itu sama dari mazhab syafie? bengong. dah pernah jd mufti pun pikir tak logik. aduih.

hadis kata nabi cium isteri, dia kata takleh nak paham kalau berlapik. ulamak tentukan hukum bukan sekadar amik satu hadis gitu ja. ish..

apa beza cara wudhuk mazhab lain?
mazhab maliki WAJIB gosok2 anggota. mazhab syafie tak wajibkan gosok. mazhab maliki wajibkan seluruh kepala disapu, mazhab hanafi seperempat atau sepertiga, mazhab syafie cukup sekadar 3 helai rambut. nampak tak beza?

kalau amik semayang cara mazhab syafie, tak gosok, sapu kepala dengan 3 helai rambut sahaja, mazhab maliki tak akui wudhuknya sah.. tapi bila bab bersentuh, amik mazhab maliki, mazhab syafie tak iktiraf. dari dua2 sudut batal. wudhuk tak sah dari awal atau wudhuk terbatal. kalau nak talfiq, amik yg sah dari semua sudut, contohnya amik wudhuk cara mazhab maliki, semua mazhab akui sah. nak amik batal cara mazhab syafie boleh, cara mazhab maliki boleh, cara mazhab hanafi pun boleh. ada mazhab kata makan daging panggang membatalkan wudhuk oooo…jangan main2 tukar pendapat ulamak!

sapa yg cakap xde ilmu ni? cakap tanpa pengetahuan tu sapa ???

wudhuk sebelum tidur, sunat. sekalipun dah ada wudhuk, seperti solat tadi wudhuk belum batal, sunat ambil wudhuk pula untuk tidur sahaja. dan wudhuk ini tak batal dengan bersentuhan tetapi batal dengan bersetubuh. dan hukum wudhuk untuk tidur ini juga, tak boleh solat dengannya (jika sebelumberwudhuk itu berhadas) kerana wudhuk ini wudhuk sunat maka tak mengangkat hadas. yang sepatutnya diubah adalah silap paham berkenaan wudhuk khusus untuk tidur ini..bukan secara umum perkara mnembatalkan wudhuk.

mazhab rasmi umat Islam di Malaysia adalah mazhab syafie. diajar sejak sekolah rendah, kafa pun ikut silibus mazhab Syafie,  J-QAF, pondok, dan banyak lagi. hormati suasana harmoni ini. tak salah bawakan perbincangan ilmiah. tapi cara provokasi macam tu menyebabkan orang marah!

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

saudi – sa’udi – sa3udi

September 6th, 2011

tentu saja bunyi seperti perkataan yang tertulis di tajuk ini pernah didengar. justeru, tulisan saya kali ini membicarakan perkataan tersebut.

 

saudi. ada di Malaysia jenama Saudi untuk produk burger. kita pernah dengar ulamak yang meletakkan gelaran Syafie, Naqsyabandi, Banjari, dan sebagainya di penghujung nama.

apakah persamaan atau perbezaan atau apakah yang hendak dibincangkan berkenaan perkataan yang berhujungkan “i” seperti di atas?

 

dalam bahasa arab, perkataan berhujungkan huruf “ya” ada berbagai-bagai jenis, antaranya sememangnya asal perkataannya sebegitu seperti kursi ( كرسي ) dan tambahan seperti Masri ( مصري ) dan baiti ( بيتي ).

 

huruf “ya” di akhir kalimah dari kelompok asal kalimah tidak dibincangkan di sini kerana ianya tidak berkenaan dengan tiga perkataan yang tertulis di tajuk atas. yang akan dibincangkan adalah yang berkaitan dengan tajuk, yakni huruf “ya” di akhir perkataan yang merupakan tambahan yang membawa maksud tertentu, dikhususkan lagi, huruf “ya” yang ditambahkan di akhir perkataan  dalam tajuk “nisbi” atau “milki” dan bukan dalam tajuk yang lain seperti alamat i3rab.

 

huruf “ya” yang ditambahkan di hujung perkataan yang membawa maksud “ملكي” (milki) pemilikan dan kepunyaan seperti “سيارتي” kereta milikku, atau “بيتي” rumah kepunyaanku. objek, benda atau sesuatu yang boleh dimiliki. untuk membawa maksud nisbah “نسبي” juga ditambahkan huruf “ya” yang sama namun tujuannya untuk menisbahkan kepada sesuatu.

dan antara tujuan penisbahan adalah:

  • untuk menyatakan jenis bangsa (عربي – فرنسي), atau
  • tempat tinggal atau lahir (مصري – مالزي), atau
  • agama (اسلامي – مسيحي), atau
  • menunjukkan sifat (ذهبي – رملي).
  • atau lain-lain

kadang kala satu perkataan boleh membawa dua penggunaan yang berbeza, nisbi atau milki, dibezakan dengan struktur ayat yang menggunakan perkataan tersebut, seperti (كتابي) yang boleh diterjemahkan sebagai Ahli Kitab (istilah fiqh) atau kitab kepunyaanku.

 

saudi – sa’udi – sa3udi | adakah dalam bentuk pemilikan atau nisbah? ketiga-tiga perkataan itu, mengikut kaedah terjemahan bunyi kepada huruf cara saya, ada 3 cara ejaan dalam bahasa arab.

  • (saudi-سودي) ….
  • (sa’udi-سئودي) adalah kesilapan ejaan atau sebutan. tiada dalam kamus Bahasa Arab.
  • (sa3udi-سعودي), dari perkataan keluarga sa3ud (آل سعود), nama keluarga dan tentunya tidak dimiliki keluarga tersebut tetapi dinisbahkan kepada keluarga tersebut.

 

Arab Saudi, tanah yang luas dan direkodkan dalam peta dunia bersempadan dengan Jordan dan Iraq di utara, Yaman dan Oman di selatan, Kuwait di timur laut, Qatar dan UAE di timur. tanah yang luas ini asalnya dahulu kala, disebut sebagai semenanjung Hijaz.

 

persoalannya, mengapa dinamakan tanah itu tanah Arab Saudi? Negara itu negara Arab Saudi? kenapakah dinisbahkan kepada hanya keluarga SA’UD sedangkan banyak lagi kelompok keluarga dan kaum arab selain SA’UD? mengapa tidak Arab Qurasyi sebagai meraikan keluarga nabi atau Semenanjung Hijjaz atau tanah Hijjaz tanpa memihak kepada mana-mana pihak? sejarah di tanah itu direkodkan terlebih dahulu dari sebelum masihi, antaranya kisah Kaabah dibangunkan oleh Nabi Ibrahim, sebelum munculnya keluarga Sa’ud di akhir zaman ini, beratus-ratus tahun selepas wafatnya Nabi SAW, yang merampas pemerintahan di situ.

 

kita boleh nisbahkan rumah bungalow kita dengan nisbah keluarga kita, kerana tanah itu milik kita, bangunan itu milik kita, atau sebahagian sahaja seperti sebuah apartment dalam sebuah bangunan, sekalipun sementara kerana menyewa. namun tindakan menisbahkan negara dan tanah milik awam kepada nama keluarga sendiri, sangatlah tidak wajar.

 

jika saya terpilih menjadi YDP Agong, suatu hari nanti walaupun bagaikan mustahil, dan saya mahu tukarkan nama negara Malaysia kepada Negara Fahrul Razi, apakah perasaan anda semua?

 

p/s : ada satu video kelakar, dimasukkan ke youtube, menunjukkan seorang lelaki mengajarkan bahasa arab kepada seorang pelancong, hanya membetulkan sebutan perkataan “saudi”. saya tidak dapat menjejaki video tersebut. sesiapa yang tahu minta dimaklumkan kepada saya untuk dikongsikan di sini.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

perbincangan ilmiah dalam persoalan NIQAB

June 22nd, 2011

banyak yang boleh kita ambil dari video ini dan siri-sirinya, terutamanya dari sudut kaedah perbincangan ilmiah yang betul dan tepat serta terarah. antaranya :-

siri pertama minit ke 25:21 – hmm…apakah ???
siri pertama minit ke 26:55 – kesalahan mengambil pendapat ulamak dalam membahaskan isu, bukan sekadar ambil yang kita suka, tetapi ambil secara yang mendalam dan tepat dengan perbincangannya.

 

Channel al-Fajr, yang utama dalam memperjuangkan al-Quran.
rancangan al-Qaul al-Fasl

slot membicarakan secara ilmiyah berkenaan “NIQAB”
4 siri perbincangan.

bahasa : arab (dan sedikit ammi mesir)

dipengurusikan MC yang faqih,
dan dua orang panel:
Syeikh Dr Hazim al-Kilani, Pengajar Fiqh Hanafi al-Azhar
Syeikh Muhammad Rushd as-Sa’dawi, Ulamak Dakwah Salafiyyah Muasarah

 

siri 1 – http://www.youtube.com/watch?v=JUxoBi750Ic (length : 40:59)

 

siri 2 – http://www.youtube.com/watch?v=Vfe8WJ4AJec (length : 38:51)

 

siri 3 – http://www.youtube.com/watch?v=3nY-IRamMsE (length : 38:36)

 

siri 4 – http://www.youtube.com/watch?v=Ml2XMykaRoo (length : 35:11)

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Apa erti Bid’ah pada “Bid’ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat” ?

June 13th, 2011

“bid’ah lebih disukai oleh iblis daripada maksiat. Maksiat boleh diampunkan darinya. Bid’ah tidak boleh diampun darinya” – kata al-Imam Sufyan ath-Thauri

 

 

Dalam banyak hadis, menjelaskan kepada kita bahawa semua dosa boleh diampunkan Allah dengan mudah, semudah mengalirkan air melalui anggota wudhuk untuk berwudhuk. Sehinggakan dalam sebuah hadis (baru belajar sebentar tadi, hadis dari Abu Dzarr, hadis yang panjang, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dzarr tanyakan Rasulullah SAW selepas Rasulullah SAW sebutkan “Jibril bertemu denganku sebentar tadi dan mewahyukan bahawa : barangsiapa yang mati dari ummatmu selagi dia tidak syirikkan Allah akan dimasukkan ke syurga. Kata Abu Dzarr “sekalipun dia berzina dan mencuri?” Rasulullah menjawab “sekalipun dia berzina dan mencuri”. Dalam riwayat lain ada pengulangan bahagian akhir ini sebanyak tiga kali. Bermaksud : selagi semasa nyawa dicabut dari jasad, jika tidak syirikkan Allah, akan masuk ke syurga, samada melalui proses rendaman dalam neraka dahulu atau tidak yakni diampunkan sahaja oleh Allah segala dosa)


Kita hairan, mengapa Abu Dzarr tanyakan “sekalipun dia berzina dan mencuri?” adakah itu hukuman yang paling berat? Ya. Antara hukuman paling berat dalam Islam dan masih hidup setelahnya (kecuali hukuman zina muhsan) adalah hukuman bagi penzina dan pencuri. Zina jika pelakunya belum berkahwin maka disebat dengan hudud sebatan penuh (100 kali) manakala jika pelakunya telah berkahwin maka direjam sehingga mati. Pencuri pula setelah sabit kesalahan dengan nilai tertentu, maka dipotong tangannya. Ada yang lebih berat dari itu? Sebatan peminum arak hanya 40. Tambahan 40 menjadikan 80 sebatan pada zaman Sayyiduna Umar al-Khattab adalah dari taazir bukannya mengubah hukum Allah. Ada ulamak berpendapat, selain sebatan zina, tiada hukuman lain yang boleh disebat sehingga 100 kali sebatan sekalipun ditambah dengan takzir. Menunjukkan itu adalah hukuman sebatan tertinggi. Ada hukuman lain yang menyebabkan anggota tubuh yang penting seperti tangan dan kaki dipotong selain hukuman ke atas pencuri?


Sahabat-sahabat nabi semuanya faqih, mujtahid. Cuma kita ja perasan nak terus amik dari hadis dan Quran, kononnya tiru macam sahabat nabi ambil terus dari nabi, dari al-Quran. Contoh soalan Abu Dzarr itu sahaja boleh kita nilaikan tinggi mana ilmu Abu Dzarr, betapa jauhnya jaraknya berbanding kita yang cetek ilmu ini.


Dan banyak lagi hadis lain, yang menyatakan bahawa dosa kecil diampunkan dengan melakukan ketaatan, seperti berwudhuk, menggugurkan dosa melalui setiap titisan air yang mengalir. Antara umrah dengan umrah adalah penghapusan dosa, antara jumaat dengan jumaat, antara ramadhan dengan ramadhan, dan banyak lagi.


Kecuali dosa SYIRIK! Ada sesetengah ulamak berpendapat dosa syirik tiada lagi taubat. Jikapun bertaubat hanya atas belas ehsan Allah jika diterimaNYA. Ada ulamak berpendapat, syirik boleh bertaubat darinya, dengan taubat nasuha, sebenar-benar taubat dan tidak lagi mengulangi dosa tersebut, insyaAllah, dengan besarnya Rahmat Allah, mengatasi kemurkaanNYA, Allah akan terima taubat itu.


Hanya dosa syirik, jika semasa roh dicabut dari jasad masih berpegang kepada aqidah syirik. Jika belum bertaubat dari dosa syirik. Jika semasa sakaratul maut berlaku syirik. Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah jauhkan kita semua dari bencana fitnah syirik.


Maka kita kembali kepada hadis atau quotation (penukilan kan?) yang diambil dari al-Imam Sufyan ath-Thauri, “bid’ah lebih disukai oleh iblis daripada maksiat. Maksiat boleh diampunkan darinya. Bid’ah tidak boleh diampun darinya”. Itu terjemahan saya sendiri, berdasarkan bacaan arab yang dibaca ustaz tersebut melalui rakaman video di atas. Namun terjemahan ustaz tersebut berlainan dengan terjemahan saya. Maka menyebabkan kaedah pemahaman kami berbeza. Kita bincangkan.


Saya terjemahkan “yutaabu minha” (mabni lil majhul) sebagai diampunkan darinya, yakni Allah ampunkan si pelaku dari terus menanggung dosa tersebut, sepertimana dalam hadis-hadis lain seperti hadis dosa gugur dengan titisan air wudhuk, dosa diampunkan selepas mengerjakan haji atau umrah, antara ramadhan dengan ramadhan, dan banyak lagi. Manakala bidaah merupakan dosa yang tak diampunkan yakni dosa syirik, selaras dengan semua himpunan hadis yang berkenaan.maka syaitan suka menyebabkan seseorang syirik. syaitan dan iblis tidak hanya menyebabkan seseorang melakukan maksiat, bahkan tujuannya men-syirik-kan cucu cicit nabi Adam, supaya ramai pengikutnya di neraka.


Ustaz tersebut menterjemahkan “yutaab” sebagai “yatuub” yakni bertaubat darinya, menyebabkan ulasan ustaz tersebut mengarah ke “maka si pelaku maksiat sedar akan maksiat yang dilakukannya, maka dia akan atau ada potensi untuk bertaubat, sedangkan pelaku bidaah dengan ikhlas melakukan bidaah maka dia jauh untuk sedar dari kesilapan dan bertaubat”. jauh bezanya dengan maksud terjemahan saya.


Secara kesimpulan mudah dari saya, terjemahan ustaz itu silap. Kesalahan yang terlampau basic dalam nahu Arabic, menyebabkan kefahaman beliau menyimpang tak sama seperti kefahaman yang saya pegang.


Kita bincangkan lagi, seperkara lagi, yang beliau sebutkan. Iaitu membezakan antara pelaku maksiat dengan pelaku bidaah, pelaku maksiat tahu ianya maksiat manakala pelaku bidaah mengatakan bidaah yang dilakukannya betul.


Ya, kita mengakui, ada di kalangan pelaku maksiat yang sedar ia sedang melakukan maksiat. Tetapi, adakah beliau sedar bahawa RAMAI SANGAT mereka yang melakukan maksiat itu tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan maksiat, atau sedar sekalipun mereka tetap mengatakan ianya baik! Adakah sama dengan kategori dan takrif bidaah beliau? Contoh mudah, baru-baru ini heboh, seorang remaja perempuan mengaku telah menyerahkan dirinya ditebuk tupai. Pengakuan terbuka beliau itu adakah menunjukkan dia tahu kesalahannya dan mengaku salah, atau berbangga dan tak ambil kisah dengannya?


Banyak lagi yang belaku. Terutamanya di kalangan artis yang menganggap maksiat yang dia sedang lakukan itu tiada apa-apa masalah, Boleh atau Ikut Suka Aku Lah. Adakah perbuatan mereka juga bidaah dalam klasifikasi cetek ustaz berkenaan? Bukan sekadar artis, bahkan banyak kenyataan ahli politik, menteri-menteri yang boleh membawa kepada syirik, sedangkan mereka mengucapkan sedemikian secara sedar dan pasti! Adakah mereka juga pelaku bidaah?


Kita bincangkan lagi, seperkara lagi, yang beliau sebutkan. Iaitu pelaku bidaah itu IKHLAS. Secara takrif yang saya bawakan, bagaimana orang yang syirik (bidaah = syirik) boleh ikhlas? Yakni melakukan sesuatu hanya kerana Allah sedangkan hatinya syirik? Tak mungkin hanya kerana Allah, pasti ada selain Allah menyebabkan dia syirik. Maka jawapannya, kefahaman ustaz itu mengkhususkan bidaah itu sambutan mauled, dan seumpama dengannya sahaja. Maka saya katakan, adakah sambutan mauled itu syirik yang menyebabkan dosa tak diampunkan? Panjang perbahasan berkenaannya, maka rujuklah perbincangan berkaitan dengannya, dan saya pegang bahawa sambutan mauled adalah sah disisi syarak, bukan syirik dan bukan bidaah. Maka perbuatan ustaz terbabit meletakkan title IKHLAS pada perlakuan syirik merupakan satu kesalahan kefahaman yang jelas ketara. MUSTAHIL akan berlaku IKHLAS pada perkara syirik!


Fahami maksud ikhlas dan fahami maksud syirik. Ianya jelas bertentangan. Bagaimana boleh disatukan?


Kita bincangkan lagi, seperkara lagi, yang beliau sebutkan. Iaitu mereka yang menganggap perbuatan salah yang mereka lakukan itu sebagai betul, maka sukar ditegur, dan sukar untuk bertaubat. Bagaimana untuk bertaubat jika tidak menganggap perbuatan itu salah. Tak buat salah maka kenapa perlu mintak maaf? Begitu lebih kurangnya. Namun saya katakan kembali, rujuk di awal artikel ini, kesilapan beliau dalam menterjemah quotation, dan menganggap kefahaman dan ulasannya betul, tidakkah itu juga satu bentuk kesesatan yang menyebabkan menyesatkan orang lain pula yang mendengar ucapannya?

 

Kesimpulan saya, berdasarkan terjemahan saya, dan teknik penggabungan keseluruhan hadis-hadis serta ayat al-Quran, supaya tidak bercanggah antara hadis dengan hadis atau hadis dengan ayat al-Quran, maka saya katakan, lafaz bidaah yang ditulis atau disebutkan oleh Imam Sufyan ath-Thauri itu bermaksud syirik. kerana hanya dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah secara mudahnya, yakni perlu bertaubat bersungguh-sungguh, taubat nasuha. Bidaah dalam quotation tersebut bukanlah benda baharu dalam agama secara umum seperti maulid dan lain-lain, namun secara khusus kepada perbuatan syirik.

 

Dosa-dosa maksiat lainnya (dosa kecil) masih boleh diampunkan oleh Allah dengan mudah, dengan mengambil wudhuk, dengan berjalan ke masjid, dengan istighfar dan zikir. Akan tetapi, jika dosa yang berkaitan dengan manusia seperti mencuri dan mengumpat, perlu diminta kemaafan dari orang yang dizalimi juga.

Manakala dosa-dosa besar, perlu bertaubat bersungguh-sungguh, tidak cukup sekadar istighfar dan berwudhuk. Namun Allah yang maha pengampun akan terima taubat kita, sebesar mana pun dosa kita. kecuali dosa syirik, yang sangat ditakuti jika Allah tak menerima taubat dosa tersebut.

 

Persoalan untuk difikirkan : jika bidaah itu selain dari apa yang nabi buat dan perintahkan, mengapa tak dimasukkan semua jenis maksiat sebagai bidaah? kerana mustahil nabi buat maksiat dan melakukan dosa kerana nabi Maksum! dan nabi larang dari berbuat maksiat! bukan sekadar nabi tak buat, bahkan nabi larang!

jika maksiat juga bidaah, maka syarah quotation di atas akan semakin bercelaru. Mengapa maksiat mudah untuk bertaubat manakala bidaah sukar untuk bertaubat? sedangkan bidaah termasuk dalam maksudnya juga segala maksiat? akan menjadi tasalsul dan pengulangan. fikir fikirkan!


Allahu a’lam.

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-