Posts Tagged ‘radd wahabi’

tegur atau taubat dulu?

April 18th, 2012

ada satu post di FB, terbaca tadi, menyeru mereka yang nak menghapuskan korupsi pada pemerintah, mengubah yang salahnya pemerintah, maka perlu mengubah diri sendiri dahulu.

.

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

quote : Dan banyak lagi….Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

.

alahai…beb…

kalau mengharapkan begitu, sampai bila pun dakwah takkan berjalan, sampai bila pun tarbiyah takkan berlaku, sampai bila pun nasihat takkan tersebar.

.

betulkan diri dulu sebelum berdakwah. betulkan keluarga dulu sebelum tarbiyah. betulkan itu ini dulu sebelum berikan nasihat.

well said bro, BUT….ini adalah kalam yang baik bertujuan yang fasid! JIKA ianya bertujuan menghentikan dakwah tarbiyah dan nasihat.

.

namun ianya kalam yang baik dan bertujuan yang baik, jika ia menyeru kepada dakwah, tarbiyah dan nasihat, dalam masa sama perbaiki diri.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

nilainya ILMU dan juga nilainya kemahiran memahami ILMU

March 29th, 2012

Today, instead of classical scholars, some people made ignorant as their chief who due to lack of knowledge, issue Fatwa even against the unanimously agreed issues, this is exactly what is said in the hadith:

Bukhari :: Book 9 :: Volume 92 :: Hadith 410
Narrated ‘Abdullah bin ‘Amr:

I heard the Prophet saying, “Surely, Allah will not take away knowledge by removing it from (hearts of) men, but He will take away the ULAMA (to Him) till when there are none of them left, then people will make the ignorant their chiefs. They will be asked and they will issue fatawa (edicts, rulings) without knowledge. Being misguided themselves, they will misguide others, too.”

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

penghujung 2011 dan permulaan 2012

January 1st, 2012

penghujung 2011, awal 2012, dihangatkan dengan berita yang menyedihkan. yang menyedihkan dunia demokrasi, menyedihkan harapan anak muda, menyedihkan institusi akademik, menyedihkan harapan masa depan.
.
polis sudah berani bertindak ganas terhadap mahasiswa sehingga dilaporkan ada yang cedera parah dibelasah polis.
.
dari status bro Syaari Ab Rahman : ["Apabila ulama sejuta ummat sudah berani memetik tali gitar di sisi artis sangat berpengaruh di Malaysia, dan seorang presiden gerakan mahasiswa Islam sudah berani memberikan darahnya dan pasukannya untuk menjatuhkan akta-akta pembodohan rakyat dan mahasiswa, semoga 2012 menjadi tahun 'kiamat' buat para pemerintah zalim lagi sekularis !"]
.
rasanya kempen ABU dan demo besar-besaran (kata tukartiub ianya revolusi) pada 9 Januari 2012 akan memberikan kesan yang sangat besar.
.
filem vendetta (siapa belum tonton pastikan download dan tonton segera). ada moral yang saya rasakan memberikan pengaruh besar, iaitu “hapuskan kezaliman silam, dan sama-sama kita bina kembali tamadun untuk maju dan ke hadapan” . antara pengajarannya juga “ia adalah idea dan idea tak dapat dipadam atau disekat alirannya”
.
filem 2012 : ombak sunami besar kekuatan Umat Islam akan melanda seluruh dunia. kemenangan Islam semakin hampir InsyaAllah.
.
penghujung 2011 juga melihat akan syahidnya seorang ulamak al-Azhar yang sangat bersinar cahayanya, Syaikhuna asy-Syaheed Imad Iffat. ia juga berita yang memuramkan dunia khususnya dunia Islam, apabila alim azhari dibunuh, nantikanlah kecelakaan. bak kata Syeikhuna Imam Allamah Nuruddin Ali Jumaah, jika zaman penjajah perancis dahulu, membunuh ulamak al-Azhar, itu memang peranan dan cara mereka, bukan Islam dan orang luar yang menjajah. namun kini orang mesir yang mungkin beragama Islam juga, membunuh ULAMAK azhari? tersangat menyedihkan situasi ini.
.
mengakhiri hari terakhir 2011 tadi dengan kelas di masjid al-Azhar, bersama Syeikhuna Ahmad bin Solahuddin al-Hajain. mendapat hadiah sedekah kitab yang diberikan seorang makcik yang tidak diketahui siapakah dia, dan sehelai poster Imam Asy-Syaheed Syeikhuna Imad Iffat.
.
2011, banyak benda berlaku, tetapi masih SANGAT banyak yang belum diperoleh. saban tahun wishlist semakin membukit namun menyelesaikannya, hanya sedikit sahaja yang berjaya.
.
semoga setiap detik yang berlalu membawa kematangan dalam diri yang membawa kepada kemantapan akal dalam berfikir dan menganalisa ilmu. juga semakin banyaknya amalan dan dijauhkan maksiat serta kelalaian.
.
satu pelajaran baru dari internet, ditemui di hari akhir 2011 :-
1- http://khairulaniza.blogspot.com/2011/12/teknik-memuji-3.html
2- (antara kesan teknik tersebut) http://sammaituhanajwaonline.blogspot.com/2011/12/kuasa-puji-mengikut-teknik-nabi.html
.
antara pelajaran tadi (hari terakhir 2011) bersama Habibuna Maulana Syeikh Ahmad Hajain ialah bidaah yang dilakukan ulamak2 Islam ketika membahaskan kisah hidup Imam Bukhari di awal kitab syarah al-Azkar an-Nawawiyyah oleh Imam Ibn Illan. Imam bukhari ketika sebelum menulis hadis akan mandi dan berwudhuk jika terbatal wudhuknya, seterusnya melakukan solat sunat dua rakaat, sebelum menulis setiap h…adis yang beliau himpunkan dalam kitab Jamik Soheh beliau. Allahu, ini bidaah besar, melakukan mandi sunat dan solat sunat sebelum menulis hadis? ibadah baru ni, kena tolak kitab soheh bukhari (gila punya dakwaan)! . dan diceritakan juga bahawa beliau solat sunat dua rakaat sebelum menghuraikan tentang setiap nama perawi hadis yang dihimpunkan beliau dalam kitab rijal beliau yang masyhur? Allahu, bidaah apakah lagi ini?
.
jika pada mereka yang berfikir singkat, ini bidaah. atau mungkin dikatakan, cerita ini tak sahih, reka-rekaan. atau mungkin juga dikatakan, cerita ini betul tetapi ditolak kerana penceritaan oleh orang sezaman bla-bla mengarut yang letak perkara bukan pada tempatnya. pada orang yang ihtiram ulamak, dia akan katakan imam bukhari melakukan mandi sunat yang wujud dalam Islam, dan solat sunat 2 rakaat yang wujud dalam Islam sekurang2nya solat sunat mutlak, dan berdoa yang dituntut dalam Islam sebarang waktu sekalipun waktu tidak mustajab yang dituntut lebih banyak berdoa pada waktu2 mustajab.
.
maka hujah manakah pulak yang nak menolak berdoa di hujung tahun hijri dan awal tahun hijri? melakukan solat sunat tasbih di awal tahun miladi boleh pulak, doa di awal tahun hijri tak boleh? ini ibadat, itu ibadat, kenapa ini boleh itu tak boleh? ianya adat orang syiah, tasyabbuh. illah tasyabbuh pada hati. jika hanya kerana perbuatan boleh tasyabbuh, banyak benda lain yang tasyabbuh. itu perkara adat, bukan ibadat. habis, kalau begitu makan pakai kita tak dapat pahala? nonsence.
.
salahnya kerana mengaitkan dengan hadis maudhuk. habis, jika kita pakaikan pakaian dalam wanita pada keldai betina, adakah kita boleh katakan keldai tu bersalah, tasyabbuh seperti wanita? jika seseorang memandu secara berbahaya sehingga membunuh pengguna jalan raya yang lain, adakah memandu itu haram? atau perbuatan memandu secara bahaya itu yang haram?
.
perkara bidaah seperti yang dilakukan Imam Bukhari, dan bacaan doa akhir/awal tahun hijri itu, telah diasaskan oleh sahabat nabi lagi. tiada nas mengatakan nabi melakukan atau menganjurkan solat sunat dua rakaat selepas berwudhuk namun Bilal lakukan, dan ianya diiktiraf nabi secara taqrir. solat itu dari bentuk solat yang sama diajar nabi, ia datang dari asal Islam, namun diletakkan waktu khusus, iaitu selepas setiap kali selepas berwudhuk. beitu jugak sahabat yang mencipta solat sunat sebelum syahid. beliau berada jauh dari nabi dan melakukan bidaahnya. perkhabaran syahidnya beliau disampaikan melalui malaikat kepada Rasulullah SAW, dan nabi tak mengingkari perbuatannya, sehingga dinamakan solat itu solat sunat sebelum syahid. Imam bukhari solat sunat sebelum menulis hadis, juga solatnya diambil dari usul syariat. berdoa di akhir tahun atau di akhir sesuatu pekerjaan atau diawalnya, ada doa dibacakan, harus, ianya datang dari usul syariat dan doanya bukan benda dilarang. imam ar-Romli, tokoh fiqh Syafieyyah di mesir memfatwakan boleh lakukan solat sunat dinamakan solat sunat syukur. Allahu! ni buat ibadah baru ni…
.
solat sunat tahajjud, tak wujud tapi diamalkan di malaysia. tak ke bidaah besar tu?
.
cuba rujuk kitab2 fiqh, takrif2 ulamak terhadap makna tahajjud, adakah bertepatan dengan solat sunat tahajjud yang diamalkan di m’sia tu?
.
illah-illah begini, puak2 mereka susah nak faham, hanya mengambil membuta tuli dari tokoh2 ilmuan mereka dan kemudian disebarkan juga secara membuta tuli, kononnya mereka faham jaringan ilmu2 Islam dan kaedah2 kefahaman Islam. pandangan mukhalafah, takkan difahami takkan diterima. tetap ditolak bulat-bulat.
.
banyak juga kes dengan wahabi pada 2011 ini. tak macam 2007-08 dulu, kali ni lebih ilmiah, lebih seronok berbincang. sedikit omprove di situ.
.
panjang membebel kali ini.

.

harapan 2012.
.
semoga semakin jelas kefahaman tentang Islam dan ilmu2 Islam.
memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan keupayaan.
syiar Islam tertegak di mana-mana.
Daulah Islam tertegak kembali.
.
saya sangat berharap agar jika ditaqdirkan saya beristeri, beliau telah saya didik dan asuh, sekurang-kurangnya melalui platform media maya ini, dan bersedia menjadi isteri saya yang terbaik. tak perlu susah-susah nak didik isteri selepas kahwin kan? haha. isteri yang terdidik oleh saya sendiri, dengan acuan yang saya redha dan saya suka, tak terpengaruh dengan kesesatan dan kebekuan fikrah yang lain. jika ditaqdirkan beristeri lah. jika tidak, tulisan saya untuk disebarkan juga bagaimana pun.
.
selepas pergi berumrah ramadhan lepas, terasa nak berumrah lagi ramadhan akan datang.
.
kamera, tak sempat lagi kot nak upgrade lens dan flash. tunggu lah dahulu.
.
komputer, nanti kita cari Graphic Card ye, jika duit lebih ada.
.
dan nak nama-namakan barangan-barangan yang saya ada. nak tiru nabi menamakan semua barang-barang milik baginda, unta dinamakan qaswa’, keldai dinamakan duldul, pedang, bekas air, serba serbi barang yang nabi ada akan dinamakan.
.
apa lagi? entah. harapan paling besar, nak jadi macam Syeikhuna Syeikh Ahmad Hajain, atau Syeikhuna Usamah Sayyid al-Azhari, atau Imam Allamah Mufti Diyar Nuruddin Ali Jumaah.
.
2011 berlalu, kini datang 2012 dengan harapan. berkati hidup kami Ya Allah, dan bimbing kami ke jalan redhaMU. jauhkanlah kami dan selamatkanlah kami dari syaitan yang direjam serta tenteranya dan hasutannya. ampunkanlah kesalahan dan kesilapan kami yang lalu. jadikan kami hamba bertaqwa yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-