Posts Tagged ‘tazkirah’

Orang Kata Jugak!

May 3rd, 2012

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

dalil pisang Jumaat

February 22nd, 2012

tak disangka, rupa-rupanya amalan meletakkan pisang untuk dijamah hadirin solat Jumaat ada dalam hadis.

 

semasa kami memperlajari kitab Riyadhus-Solihin Imam Nawawi, Kitab pada memberi salam, bab memberi salam oleh seorang lelaki kepada isterinya atau wanita mahram atau wanita ajnabi selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan pemberian salam wanita kepada lelaki dengan syarat ini (selagi tidak dikhuatiri fitnah).

عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال‏:‏ كانت فينا امرأة -وفي رواية‏:‏ كانت لنا عجوز- تأخذ من أصول السلق فتطرحه في القدر، وتكركر حبات من شعير، فإذا صلينا الجمعة، وانصرفنا، نُسلم عليها، فتقدمه إلينا‏‏

(رواه البخاري‏)

dalam hadis, diceritakan berkenaan seorang wanita yang menyediakan makanan dan menunggu sehingga selesai solat Jumaat. Hadirin (lelaki) yang keluar dari masjid dan lalu di hadapan beliau memberikan salam kepada beliau, dan beliau menjawabnya, lalu menghulurkan makanan yang dimasaknya.

 

diambil hukum dari hadis ini, harus lelaki memberi salam kepada wanita selagi tidak dikhuatiri fitnah, dan sebaliknya.

juga difahami, bahawa dikalangan sahabat dan sahabiah nabi sendiri menyediakan makanan untuk hadirin solat Jumaat, menunjukkan ianya harus bahkan sunnah taqrir.

tahniah kepada yang meletakkan pisang di masjid.

namun seeloknya, jangan letak pisang sahaja lalu pulang tidak solat Jumaat langsung di situ atau di tempat lain. hadirlah sama solat Jumaat. Jangan hanya pisangnya masuk ke  syurga, tuannya dihumban ke neraka, na3uzubillah min zalik.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

kecelaruan isu lukisan inai bercorak

October 7th, 2011

heboh dengan isu pemakaian inai bercorak secara lukisan [antara sumbernya]


saya lebih suka menyentuh pertamanya hal “perempuan berinai di kaki”. tiada dalam tulisan pada sumber tetapi wujud dalam gambar.

walaupun halal berinai, tapi kaki tu tetap aurat, kena tutup bila keluar ke tempat awam. inai di kaki tu yang boleh tengoknya suami dan ahli keluarga yang mahram je.
ok!

.
jangan pulak dah pakai inai kat kaki, masa akad nikah, masa bersanding (jika menerima pandangan halal bersanding dengan syarat2 tertentu) tak pakai stokin, nampak aurat kaki pulak.

.

< < < . > > >

.

berhubung isu menyamakan lukisan inai dengan tatu.

kita perlu memahami hakikat tatu itu sendiri, atas sebab apa diharamkan tatu, hubungan dengan inainya adakah ini haram seperti tatu atau tidak, perlu diperhalusi dan dijelaskan.

.

dalam hadis disebutkan bagaimana tatu secara tradisional wujud sejak sebelum zaman nabi lagi. iaitu dengan tusukan benda tajam, dan dicampurkan bahan pewarna yang akan bercampur dengan darah yang terhasil dari luka tusukan, dan kemudiannya campuran darah dan pewarna ini akan kekal pada lapisan kulit menghasilkan corak yang dikehendaki.

boleh baca di sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Tattoo

 

dan ada juga di situ berkenaan isu masalah teknikal yang berlaku ketika orang yang bertatu dimasukkan ke mesin MRI.

.

tatu, sepertimana hadis, dilaknat  para pembuatnya dan yang meminta dibuatkan.

.

haramnya tatu kerana dua sebab. pertamanya perubahan kekal.

keduanya, najis yang bercampur dengan darah yang terhasil dari luka untuk membuat tatu, bercampur dengan pewarna dan kemudiannya kekal pada kulit. ini menjejaskan solat kerana solat wajib suci dari najis pada anggota badan dan tempat solat serta pakaian yg dipakai. jika najis (darah) yang bercampur dengan pewarna itu terus kekal melekat pada kulit, bagaimana nak solat?

.

akan timbul persoalan, dalam badan kita sentiasa ada darah, macamana nak solat?

darah dalam badan hanya menjadi najis ketika di luar badan. ketika dalam badan darah belum dihukumkan apa-apa. bukan najis dan bukan benda suci.

ketika proses membuat tatu, darah tersebut keluar kesan luka yang dibuat. maka darah yg keluar telah dihukumkan najis. mencuci najis hanya boleh dengan menyingkirkan najis terlebih dahulu sebelum dibasuh dengan air mutlak. hanya membasuh dengan air mutlak, tatu masih kekal dan darah telah bercampur dengan pewarna didalamnya.

.

timbul juga persoalan, derma darah, najis lah darah tu? difatwakan tidak kerana perjalanannya dalam keadaan yang terkawal, tertutup, sama seperti darah bergerak dari jantung ke anggota tangan dan berhimpun di tangan. darah yang tertumpah, itu dihukumkan najis.

.

henna (bahasa arab) yang bermaksud inai adalah halal dipakai, sekalipun diukir dengan pensel henna, tidak dengan cara lama yang tradisional memakai inai yang ditumbuk dan di balut di hujung jari.

.

< < < . > > >

.

adakah ukiran inai ini boleh dikategorikan sebagai tabarruj?

berinai adalah hiasan yang diiktiraf syarak untuk wanita. dan ada hadis yang menyokong.
cuma, had yang boleh ditunjuk untuk orang tengok, adalah sekadar pergelangan tangan. jika buat lukisan inai sehingga bahu, hanya boleh ditayangkan untuk mahram dan suami serta wanita muslim lainnya. dan berinai di kaki, aurat, tidak boleh ditayangkan kepada lelaki ajnabi, samada semasa akad nikah atau bersanding atau diwaktu lainnya. wajib pakai stoking!

.

untuk rujukan, boleh layari laman ini : efatwa – inai bercorak

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

perjalanan hidup

September 8th, 2011

baru sebentar tadi membaca satu tulisan panjang dari seorang senior di KISAS dulu. Dulu pernah mendengar namanya, tapi tak kenal langsung siapa dia. Dan rasanya dulu juga pernah dia datang ke Mesir bercuti bersama rakan-rakan beliau di Russia dan dipandu oleh rakan beliau semasa di KISAS, bro Shamsul Amir. pun rasanya saya masih tak kenal siapa dia.

 

semalam, ada dua orang rakan FB, seorangnya saya kenal dan seorang lagi tak dikenali (rasanya simptom yang sama kenapa saya tak kenal Sarah Shukor walaupun mereka berdua sama-sama di KISAS sekalipun di tahun yang berbeza) menampal di dinding FB mereka link kisah akak Sarah Shukor ini, dari blog beliau. boleh dibaca di >>SINI<<.

 

agak cemburu membaca kisanya. ya, kisah yang setiap orang melaluinya dengan jalan dan pengalaman masing-masing. kisah yang kadang kala berbelit, kadang kala terlalu nampak dipermudahkan Allah jalannya, kadang kala….berbagai-bagai ragam lah.

cemburu? ya, cemburu kerana masanya masih belum tiba untuk saya.

 

cemburu juga kerana blog beliau didirikan atas platform WORDPRESS namun tidak mengalami masalah “pretty permalink”. aku masih bingung hingga kini untuk selesaikan masalah permalink ini. bukan sekadar adress ke setiap post, bahkan masalah berkaitan dengan plugin “page navi”, kalendar sisi, dan berbagai-bagai lagi. theme yang cantik? boleh sahaja dicari yang cantik dan menarik, boleh sahaja diubah skrip untuk mencantikkan lagi blog. masalah “pretty permalink” dan kewujudan “index.php” sangat menjelikkan, dan membingungkan, masih belum dapat diselesaikan.

 

menarik dengan nota beliau di akhir post:-

Nota 1: Jangan couple sebelum kahwin. Tak best. :grin:

 

pengalaman beliau, dan pengalaman insan lain yang telah melaluinya, lebih menarik jika kita baru belajar tentang isteri/suami setelah kita berkahwin. namun rasanya masih tidak termasuk sebagai berkapel atau mengenali bakal pasangan jika mengambil tahu beberapa prinsip beliau, mengenali perkara-perkara asas supaya dapat difahami adakah mampu nanti untuk kita hidup bersama dengannya.

dalam entri yang sama, beliau menulis [ada seseorang datang meminang. Haha. Ini agak lucu. Masih ingat entri ini? Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema] dan apabila dibaca entri itu, ya, dilemanya pada dia. saya tak tahu lah ustaz lain, kalau saya, sebagai pelajar al-Azhar, saya tidak menyempitkan pemikiran saya. saya juga tidak akan menyempitkan pemikiran orang lain. selagi prnsip asasnya dijaga, syariatnya terbela, teruskan. tudung bawal, paus, kembung, tuna atau pari sekalipun, pakailah! jika kurang labuhnya, labuhkan sedikit lagi supaya tertutup apa yang mungkin mudah terbuka jika singkat tanpa mengubah namanya tudung bawal, paus, kembung, tuna atau pari sekalipun. jika kurang menarik di pandangan mata saya, saya akan sampaikan perasaan saya dan berbicara sebaiknya.

 

ustaz tak jumud, tak seperti yang di-dilema-kan. ustaz pun dengar lagu rock sekarang tau! haha..

 

apapun, tahniah kepada beliau. dengan usaha dan tawakkal beliau, selama 13 tahun itu, akhirnya berjaya. semoga anak-anak dilahirkan soleh-solehah belaka.

p/s: kalau dia betul-betul pakai wordpress, dia akan dapat mengesan saya menghubungkan link ke blog dia dari sini :D

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Pop Quiz Imam Ghazali

April 30th, 2011

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ‘Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Orang tua’

Murid 2 = ‘ Guru’

Murid 3 = ‘ Teman’

Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali = ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).’

Imam Ghazali = ‘Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Negeri Cina’

Murid 2 = ‘ Bulan’

Murid 3 = ‘ Matahari ‘

Murid 4 = ‘ Bintang-bintang’

Iman Ghazali = ‘Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘Apa yang paling besar di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Gunung’

Murid 2 = ‘ Matahari’

Murid 3 = ‘ Bumi’

Imam Ghazali = ‘Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALIm’Apa yang paling berat didunia?’

Murid 1 = ‘ Baja’

Murid 2 = ‘ Besi’

Murid 3 = ‘ Gajah’

Imam Ghazali = ‘Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ‘Apa yang paling ringan di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘Kapas’

Murid 2 = ‘Angin’

Murid 3 = ‘Debu’

Murid 4 = ‘Daun-daun’

‘Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat’

Imam Ghazali = ‘Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?’

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang’

Imam Ghazali = ‘Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-