Posts Tagged ‘ubat’

kesan-kesan pengambilan Habbatus-Sawda’

May 21st, 2011

Habbatus-sawda’ atau bijian hitam merupakan sejenis ubat yang mujarab untuk berbagai-bagai jenis penyakit. ada disebutkan dalam hadis Nabi SAW tentang khasiatnya.

bijian habbatus-sawda'

seperti makanan yang lainnya, yang mempunyai 4 sifat utama iaitu panas-sejuk-kering-basah, habbatus-sawda’ tidak terkecuali dari sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu panas dan kering. maka pengambilannya memerlukan dos yang sesuai untuk mendapatkan kesan kesihatan yang diharapkan. pengambilan secara berlebihan mendatangkan mudharat, pengambilan terlalu kurang pula tidak memberikan kesan.

 

antara kesan-kesan sampingan terhadap penyakit setelah mengamalkan habbatus-sawda’ :-

  • gatal-gatal hidung   :   masalah resdung dan alahan.
  • bengkak-bengkak badan   :   masalah berkaitan buah pinggang
  • meningkat selera makan   :   masalah kolestrol dalam badan
  • haid bertambah   :   masalah hormon dan limpa
  • meningkat kadar kencing manis   :   masalah berkaitan hati dan pancreas
  • meningkat kadar darah tinggi   :   masalah berkaitan urat darah
  • kencing berbau   :   masalah berkaitan buah pinggang
  • sakit tekak atau kerongkong   :   masalah paru-paru
  • sakit pinggang   :   masalah buah pinggang
  • sakit sendi   :   masalah pada urat darah dan berlebihan asid uric dalam badan
  • berpeluh   :   haba berlebihan dalam badan
  • cirit birit   :   masalah berkaitan limpa dan hati
  • najis berdarah   :   masalah pada anus atau buasir
  • demam   :   masalah pada usus kecil atau usus besar
  • muntah   :   masalah pada sistem penghadaman.

 

jika mengalami kesan-kesan seperti di atas, teruskan mengamalkannya, insyaAllah semakin beransur pulih. jika masalah berlanjutan, sila dapatkan nasihat doktor.

 

antara kelebihan habbatus-sawda’ yang lain, boleh dibaca di >>sini<<.

dan pengalaman saya berbekam sebelum ini, tukang bekam menggunakan minyak habbatus-sawda’ untuk menghentikan darah dan mengelakkan jangkitan bakteria.

 

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

perpeluhan adalah satu nikmat

May 19th, 2011

Baru sebentar tadi menonton filem Sang Pencerah. Boleh lihat rumusan penontonnya di sini : http://kopiahazhar.blogspot.com/

saya pun belum membaca ulasannya, tetapi boleh sahaja kan menyiarkan?

tertarik dengan satu plot cerita. ketika Kiyai Dahlan mula mengajar di sekolah belanda, ada muridnya kentut. beliau olah dan ulas kejadian kentut dengan Rahmatnya Allah SWT.

 

begitu juga peluh yang kita rasai dan hadapi saban hari. juga nikmat dan bukti Kasih Sayang Allah. cuba tanyakan doktor atau yang berada di bidang perubatan, apa kesannya jika kita tidak langsung berpeluh?

 

setelah beberapa hari, kedinginan. demam menyebabkan rasa dingin dan malas bergerak. rasa sakit-sakit badan. justeru perpeluhan juga tidak berlaku atau sangat kurang dari paras normal. alhamdulillah, hari ini berpeluh dengan banyak, petanda demam semakin kebah mengikut ilmu firasat melayu dan perubatan tradisional.

 

mungkin juga kesan memakan Pil Baraka yang mengandungi pati minyak habbatus-sawda’. di lain waktu kita tuliskan apa kebaikan habbatus-sawda’ ini, insyaAllah.

semoga Allah terus mengekalkan kesihatan aku dan sahabat-sahabatku, supaya boleh terus utuh dan teguh menuntut ilmu.

.

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-