UPDATE
di sini :-
http://panglimakhalid.com/web/index.php/22/03/2012/umrah-thaqafiah-2012-ramadhan/
BERITA BAIK!!!
penyertaan akhawat untuk pakej pertama dibuka semula dengan 45 kekosongan (satu bas). Diharapkan para peserta yang sudah mendaftar dapat menghebahkan perkara ini kepada kawan-kawan dan FB masing-masing untuk sebaran umum.
Awal Ramadhan : USD 1180 – 1220
Akhir Ramadhan : USD 1280 – 1320
Sebulan Ramadhan : USD 1320 – 1350
Tambahan Pulang ke Malaysia
Cai-Jed-Kul : USD 380 – 430
Cai-Jed-Kul-Cai : USD 620 – 670
Tambahan Beraya di Makkah untuk Pakej 2
USD 185 (USD 55 x 3 hari + USD 20 pengangkutan)
Umrah dari Malaysia
Awal Ramadhan (Cai-Jed-Kul) : RM 4700 – 5000
(tiada wakil kami yang akan bawa dari Malaysia ke Saudi. Peserta hendaklah pergi ke Mesir terlebih dahulu dan bertolak dari Mesir ke Saudi bersama dengan peserta lain)
Akhir Ramadhan (Kul-Jed-Kul) : RM 6500 – 6800
(akan ada wakil kami yang membawa dari Malaysia ke Saudi)
Kami masih tidak dapat memberikan harga yang tetap kerana pencarian hotel di Makkah masih di dalam usaha wakil kami di sana. Kami akan usahakan secepat mungkin untuk menetapkan harga untuk semua pakej.
Detail pakej
1. Kos termasuk penerbangan, pengangkutan, penginapan, aktiviti jaulah, visa umrah dan makanan (kecuali pakej ketiga – makanan sendiri)
2. Dua kali jaulah Madinah (Quba, Uhud, Kilang Quran, ladang kurma, bukit ‘terbakar’, ladang unta, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, perkampungan lama Yahudi, bukit magnet)
3. Bacaan kitab dan hadith di Madinah
4. Tiga kali jaulah Makkah (Manasik haji, Hudaibiyah dan sekitar Masjidil Haram)
5. Ziarah pondok dan para ulama Sunni di Makkah
6. Didimbing oleh ustaz jemputan khas (kecuali pakej ketiga – khusus untuk talaqqi bersama ulama Sunni di Makkah)
7. Buku panduan, beg sandang, air zamzam dan fotografi percuma
8. Kursus umrah di Mesir dan di Madinah
.
Pakej adalah untuk perjalanan Cairo-Jeddah-Cairo. Bagi mereka yang ingin pulang terus ke Malaysia selepas umrah, kami boleh menguruskan tiket dengan dikenakan tambahan bayaran mengikut kadar harga tiket semasa.
.
Hanya pakej ketiga yang akan menyambut Hari Raya di Makkah. Andai ada di kalangan peserta pakej kedua yang ingin berhari raya di Makkah, anda boleh mengangguh perjalanan pulang anda selama 3 hari dan pulang ke Mesir bersama peserta pakej ketiga dengan dikenakan bayaran tambahan sebanyak USD 185 (USD 55 untuk penginapan dan makanan perhari + USD 20 kos perjalanan ke airport)
.
Peserta yang berhasrat untuk membawa ahli keluarga mereka di Malaysia menyertai Umrah Thaqafiah 2012, boleh berbincang dengan pihak TVazhar.com untuk tujuan tersebut.
.
Sesiapa yang mendaftar akan dimasukkan kepada group Peserta Umrah Thaqafiah 2012 dan sebarang maklumat lanjut berkenaan Umrah Thaqafiah 2012, akan dimaklumkan di group tersebut.
.
Untuk tempahan tempat dan pendaftaran, hubungi melalui mesej peribadi Facebook kepada Mohd Azrul Azuan atau hubunginya di talian +2011 11053999. Sila berikan maklumat berikut :
1. Nama penuh
2. Pengajian, kuliah dan universiti
3. Alamat dan muhafazah di Mesir
4. No hp
5. ID Facebook
.
Tarikh tutup pendaftaran adalah 15 April 2012



