Posts Tagged ‘webmaster’

Galeri Baru

October 14th, 2011

http://panglimakhalid.com/p5_galeri/

update baru, dengan theme untuk album gambar.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Update network

October 12th, 2011

update network

 

jaringan baru, untuk menyusun semula kandungan web/travelog ini. antara yang akan terlibat dalam web/travelog ini adalah halaman “muat turun” (seperti dalam gambar, akan dibuang) dan beberapa entry fotografi, akan dipindahkan.

dan tambahan satu laman sesawang, untuk jadual pengajian di al-Azhar. bagi memudahkan pencarian jadual.

.

selama beberapa hari ini, hidup agak terganggu. jadual tidur memang OUT!

kerjanya mudah sahaja, kecuali laman sesawang untuk jadual pengajian. Allah! peritnya apabila beberapa aplikasi tak support jawi/arabic.

tambahan pula, link, asalnya dalam tulisan arab, namun disalin dari adress bar kemudian dimasukkan ke post, tidak keluar huruf arab! jadi huruf gantian semuanya! menyulitkan kerja, terpaksa susun kerja dan buat satu per satu.

asalnya buat dalam XAMPP dalam komputer, dan bercadang nak dimuat naik ke server. setelah dimuat naik, jadi masalah lain pula! Allah! semuanya kena dibuat semula

DARI AWAL!!!!! adus…

.

sabar je lah.,. alhamdulillah, laman jadual azhar itu, formatnya telah stabil, hanya untuk memasukkan data. sebelum ini sudah dimasukkan banyak data, namun banyak yang hilang semasa proses pemindahan. semoga Allah mudahkan, amin.

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

Serangan BOT ???

September 9th, 2011

.

lebih kurang waktu asar tadi, saya membuka web untuk meninjau.

dan saya dapati wujud amaran mengatakan web saya (travelog PanglimaKhalid) diisi dengan Malware, mungkin telah digodam oleh penggodam.

dari amaran itu, diberikan pula beberapa link, antaranya adalah “Google Webmaster Tool“. setelah beberapa proses pendaftaran di Google Webmaster Tool, saya dimaklumkan bahawa terdapat malware di “panglimakhalid.com”.

 

setelah beberapa cadangan yang diberikan tak dapat difahami dengan baik, saya mengemukakan laporan kepada syarikat webhosting (maaf, saya dah cuba sendiri dulu :D tapi tak berjaya difahami), dan juga membuka persoalan terbuka di dinding FB.

 

saya cuba juga mencari penyelesaian, dan yang mampu saya cuba adalah [wordpress-fix.php]. ada 3 cara dalam tu, saya cuma mampu cara ke-3, via web dan FTP. itu pun, sebenarnya percubaan yang gagal, tidak berjaya pun!

Dua lagi tak difahami bagaimana caranya.

 

lebih kurang 6 jam selepas web bermasalah, saya cuba buka semula ketika jam menghampiri 10 malam (waktu mesir), terkejut bukan kepalang, web bagaikan tiada kesan serangan langsung! justeru apa masalahnya sebenarnya?

 

(*_*)

 

logo-panglimakhalid

.

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-