Posts Tagged ‘zina’

Takde Yang Lebih Hot Lagi?

May 14th, 2012

tadi gua jalan2 kat satu grup tu sebab ada update baru pos.
.
terjumpa kat atas tu, macam member kamcing gua…gua add lah. dia baru bukak akaun kot.
.
tak jauh dari gambar dia kat atas group tu, ada satu gambar tu (gambar ini lah)…waduh waduh…
.

.
gian nak kawen pun senyap2 sudah…
ke dah kawen? entah lah, aku bukan kenal.
.
gambar gini letak..aduhai..kenapa tak letak gambar yg tengah tido atas katil je macam paper kat m’sia tu?
mungkin orang kata : ek eleh brader, apa pasat lu mau kesah?
.
pasal agak meng-ghairahkan tu satu hal. satu lagi:-
.
sebab atas kepala gambar pompuan tu ada ayat Quran.
Sessuaii lah sannggat (mata ke atas tangan di bahu) !
surah ar-Rum ayat tengah2 lebih kurang. pasal kejadian berpasang-pasang.
.
p/s : abis ko upload kenapa bro?
kalau aku share gambar tu, malu budak pompuan tu kang…baik aku upload lain…aku dah letak memo kat dia..mintak2 dia perasan.
(itu upload di fb, ini upload di blog, gambar penuh dengan ayatnya sebagai bukti)
.
sila baca : Fitnah Cinta Ukhti Barbie dan Akhi Ken di SaifulIslam.com
.
-=-=-=-=-=-

untuk pelukis-pelukis kartun dakwah kreatif sebegini.
saya cadangkan, lukis semula gambar dalam link ini : http://is.gd/07LbZl
[kredit to http://is.gd/fMyxgc]

kan suweeet je tu?
lukis dengan perempuan tu pakai tudung, lelaki tu pakai songkok dan Baju Melayu.
letak pulak ayat Quran dan terjemahan kat gambar tu…
kartun Dakwah Islamic tu…

IslamikKepalaTengkorakKau! huhu…

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

anak tak sah taraf

April 27th, 2012

baru-baru ni, berbual secara private dengan member di Fb, tahniah aku ucapkan kat ko bro, sebab tanya dulu untuk faham sebelum buat keputusan.

.

isunya, sekitar undang-undang terhadap anak tak sah taraf.

.

mulanya dia tanya, ayah kepada anak tak sah taraf tu mahram atau tidak dengan anak dia tu?

aku jawab tak mahram. tiada apa-apa hubungan. faraid ke atas atau ke bawah tiada hubungan, walikan anak perempuan pun tidak boleh.

.

then baru dia bagi link yang bincangkan isu itu di web : http://www.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya/

.

ok. artikel tu saja cari pasal!

kenapa?

.

undang-undang syariah, bukan semudah “aku rasa” maka undang-undang itu diwartakan. tidak!

dia melalui sistem; dibaca, dinilai, disemak, diluluskan.

.

nak perbaiki undang-undang, silakan. gunakan saluran yang sah. bawakan hujah dan kajian anda.

undang-undang itu ada sandarannya, disandarkan kepada ulamak dan pandangan kitab untuk kita yang mahu mengkritik, mengkaji kembali kitab dan pandangan itu, mengapa dan bagaimana hukum itu terbit dan terhasil, sebelum kita menghuraikan secara perbandingan dengan pandangan lain.

.

bukannya segala yang kita tak setujui, maka kita tolak dan mendakwa hukuman itu adalah ketinggalan zaman. bro! kaji dulu.

jangan ulang sejarah, budak2 poyo mengaku salafi, menolak mentah-mentah amalan mazhab syafie kononnya tiada dalil, kononnya amalan taqlid buta.

sedangkan dia yang tak kaji pandangan tu terbit dari mana, bagaimana disimpulkan sampai jadi begitu, terus nak bawakan pandangan lain yang dirasakan lebih kuat kerana ada dalil sandaran.

.

kita mengambil pandangan mazhab syafie, tidak membawa maksud mazhab lain salah! itu kenyataan yang sangat SILAP!

Ramai ulama besar dalam Mazhab Maliki, Hanbali, dan Hanafi yang berpendapat anak yang dilahirkan di luar pernikahan boleh dibin atau dibintikan bapa kandungnya. Mereka juga menggunakan dalil-dalil agama yang kuat. Apa berani kita mengatakan mereka salah atau ilmu mereka cetek? Mengapa tidak kita kaji apakah hujah-hujah yang mereka utarakan?

kami mengetengahkan pandangan mazhab syafie kerana bagi kami pembuktiannya kuat, jelas, relevan, berbanding mazhab dan pandangan lain. pandangan lain betul juga, namun kami tak memilihnya. anda menyeru untuk mengkaji mazhab lain, bagus. tidak salah seruan itu, namun kajilah dengan cara yang betul, dengan sistem yang betul, bukannya sistem yang berterabur. kaji juga secara mendalam apakah hujah-hujah bagi undang-undang yang sedang dipakai sekarang, yang disandarkan kepada mazhab syafie. jangan terlalu taksub anti mazhab, namun anda hanya bawakan pembuktian dalam mazhab tertentu (yang anda tak tahu) dan menggunakan hujah pembuktian mereka, tanpa menimbang dengan hujah pembuktian mazhab lain.


member aku kemudiannya timbulkan persoalan yang ada dalam artikel tu, undang-undang di Indonesia membenarkan pensabitan nasab anak luar nikah.

.

jawapannya, jika ada mazhab benarkan, atau setelah dikaji secara fiqh ianya dibolehkan, silakan!

fatwa terbuka luas, tidak terikat dengan mazhab. namun bukan kita yang mengambil keputusannya, pihak berkuasa agama yang diketuai mufti yang menguruskannya.

mungkin sekarang undang-undang masih anak luar nikah tiada hubungan dengan ayah kandungnya. suatu hari nanti mungkin selepas dibincangkan secara detail di peringkat pembuat dasar, disokong pihak mufti atau difatwakan terlebih dahulu oleh mufti akan dilaksanakan oleh mahkamah. mungkin sahaja!

.

undang-undang boleh diubah setelah perbincangan yang mendalam dilakukan. bukan seperti undang-undang agama filem Musang Berjanggut yang boleh dipadam mengikut nafsu! namun dipinda berdasarkan maslahat umum, yang masih berpaksikan dalil dan nas syarak yang asal, al-Quran dan Sunnah.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

gunakan istilah yang lebih tepat

October 5th, 2011

copy dari perbincangan terhadap status di Wall FB orang :- • • 4 Oct at 22:00

status : “Dulu YM, sekarang SKYPE juga merupakan fitnah terbesar akhir zaman. Berzina kini lebih mudah, dengan cara online!”

.

PERBINCANGAN :-

» Read more: gunakan istilah yang lebih tepat

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-

berita zaman sekarang mengerikan

June 5th, 2011

apabila membaca berita-berita zaman sekarng, rasa ngeri.

mampukah aku hidup nantinya?

akidah dan amalannya?

 

dunia zaman sekarang……

huh…no komen.

 

  • kes bunuh? setiap hari
  • masalah jenayah dan penganiayaan? (sample)
  • kes bunuh zuriat sendiri (buang anak)? terlampau banyak
  • masalah pegangan songsang, menganggap apa yang dipegangnya betul sedangkan tidak. (sample)
  • zina dan masalah sosial (sample)
  • masalah pendidikan yang merosot kualitinya
  • masalah ekonomi dan kemiskinan
  • masalah politik, tikam menikam, fitnah memfitnah
  • SPRM turut makan dan menggalakkan rasuah? (sample)
  • pihak berkuasa yang membunuh? (sample)
  • polis bermasalah? bagaimana kita rasa terbela melaporkan kepada mereka? (sample)

 

adakah konsep “lakum dinukum waliya dini” patut untuk zaman sekarang? duduk di gua, terpencil dari manusia…(??)

adakah kesemua pakej “ngeri” ini ada penyelesaian?

 

Ya Allah! bimbinglah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang kau redhai dan kau beri nikmat (syurga)

logo-panglimakhalid

 

.

Sebarkan yang bermanfaat, Semoga diturunkan Rahmat! :-